Movie Review : Doctor Strange

1:50 AM


Salam.. 

 Aku baru je balik daripada tengok movie Doctor Strange terbitan Marvel Studio..
hari tu nampak trailer macam best, jadi once movie ni dah ada kat cinema terus pergi tengok..
Aku macam biasa lah, tengok dekat MBO Cinemas, Imago KK..
Mulanya ingat nak tengok jam 9pm, tapi time nak book tu dah tak ada seat yang selesa bagi aku..
jadi aku book yang tayangan pukul 9.30pm..




REVIEW : Doctor Strange


Mengisahkan Dr Strange, seorang neurosurgeon yang sangat hebat dan berjaya..
dia juga seorang yang agak ego lah..surgeon kan..
satu malam tu dia terlibat dalam accident dan tangan dia mengalami kecederaan yang sangat teruk..as a surgeon, tangan tu macam nyawa lah..
few operations (macam 7) yang dah dibuat untuk sembuhkan tangan dia tapi memang tak dapat fully recovered..
then, one day masa tengah jalani physio dia hampir nak give up dengan tangan dia..but the physiotherapist tu cakap ada seorang lelaki yang sebelum ni mengalami lumpuh satu badan (fracture C7,C8) berjaya pulih dan boleh berjalan macam biasa..
Tapi Dr Stranger ni tak percaya until one day, physiotherapist tu postkan rekod pesakit tu dekat dia..
so dia pon pergi lah mencari lelaki tu dan lelaki tu cakap dia buat rawatan alternatif di Kamar Taj, Nepal.. (masa dia jumpa laki tu, laki tu tengah main bola, jadi dia memang terkejut)..
Then, dia pergi ke tempat tu la (Kamar Taj)..mulanya dia tak percaya, tetapi lepas ditunjukkan something yang luar biasa, terus dia percaya..
akhirnya dia menjalani latihan di situ dan melawan kuasa jahat.. (yang tu korang tengok sendiri lah malas nak citer panjang)

-yang pasti, movie ni best..ada part action, lawak dan sedih..
-aku paling suka part yang bangunan berubah-ubah tu..unik sangat..haha..
-dan ada sambungan lagi..
-make sure korang tunggu selepas movie ni habis, sebab ada lagi 2 scene lagi tau after that..
-ada part yang tak berapa logik dari segi perubatan.. part yang dia asystole, tapi terus kena shock and pakai mask after dah scrub..haha


Rating aku : 4.8/5





oklah selamat menonton bagi yang bakal tengok movie ni !



You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..