Travelog Bandung Sept 2016 : Day 1 - Part 1 : Ciwidey

10:51 PM


Salam..


Kami bertolak dari Malaysia (KLIA2) pada pukul 6.50 pagi waktu Malaysia dengan menaiki flight AK 416 dan sampai di Husein Sastranegara International Airport pukul 8 pagi waktu indonesia (9 pagi malaysia)..
Jarak penerbangan lebih kurang 2 jam sahaja..
Beza waktu kita dan waktu Indonesia 1 jam (kita lagi awal sejam dari sana)

 
Keluar airport dah ada orang menunggu.
Ingatkan nak ke Tangkuban Perahu dulu tapi supir kami (Dadan) cakap baik pergi ke tempat lain dulu sebab hujung minggu entrance fee sana mahal..

Entrance fee Tangkuban Perahu
Weekday : 200K rupiah
Weekend/public holiday : 300K Rupiah

-beza lebih kurang RM30 + duit kita tu..


Jadi kami change plan untuk ke kawasan Ciwidey dahulu untuk hari ni iaitu termasuk Kawah Putih..
 
Tapi nak ke kawah putih ni pon jem jugak jalan dia. Dia suggest kami shopping dulu sebenarnya. Tapi nak shopping terus bila baru je sampai Bandung macam tak ada mood lagi.. Terlalu awal untuk mood shopping tu ada..
Mood for now lebih kepada nak explore nature..haha
 
Jadi kami teruskan je niat untuk ke kawah putih dulu. 
Jarak perjalanan memakan masa 2-3jam..
si Dadan ni pula asyik change jalan je sebab jem, jadi masa perjalanan kami ke sana hampir 3-4 jam juga lah..
Jem sana sini..Sebab dia cakap weeekend biasanya orang Jakarta akan turun ke Bandung untuk shopping dan jalan-jalan jadi memang sangat jem lah time weekend ni..
tu yang dia suggest kami shopping dulu hari ni..
Tapi, kami tetap dengan plan nak ke Kawah Putih juga..haha..
Rela dalam terpaksa la supir kami ni..


BELI SIMCARD SIMPATI




Sebelum ke sana, kami singgah beli simcard dulu.. Senang bila nak guna internet untuk google benda yang penting sepanjang di sini.. Fatin je beli simcard, aku dan Azie tak beli. Susah nak masuk simcard baru guna iphone aku ni.. Haha..

lagi satu sebab kami beli satu je, sebab harga internet dia sangatlah MURAH!



 
Simcard SimPATI 12GB = 75K Rupiah (~RM25)
 Giler murah kan!
Dekat Malaysia ni kalau celcom plan yang aku guna 2GB je dah RM38..sangatlah mahal..haha
 
Kami beli simcard ni sebab nak guna internet je..
Jadi Fatin buatkan hotspot di phone dia dan kami just on wifi je..senang cerita..
jimat pon jimat..


MAKAN TENGAHARI DI SAUNG ANDIR




Selesai beli simcard, kami meneruskan perjalanan ke Kawah Putih yang terletak di Selatan Bandung..
Kami sempat singgah makan di Saung Andir yang terkenal dengan Ayam Brengsek (bak kata supir kami)

kenapa dipanggil ayam brengsek? Katanya sebab terlampau pedas masakan ayam tu..
Kami dengan perut yang lapar (last makan masa pukul 4am di aiport) jadi terus lah excited nak makan lepas dengar nama menu tu..



Ni antara menu yang aku sempat snap..
 






 Kawasan sekitar Rumah Makan Saung Andir






 sempat lagi selfie sementara tunggu makanan sampai..


Kami order :

-Ayam Brengsek
-Ikan Gurame masak Asem manis
-Sup Daging Sapi
-Tahu goreng
-Tempe Goreng
-Nasi Putih



Untuk 3 orang makan je ni..
syukur Alhamdulillah kenyang sangat..
cuma penat nak habiskan je..


 Muka tak sabar nak makan..

Ayam Brengsek - ayam kampung digoreng bersama cili hijau..
(ayam dia best, tak keras pun walaupun ayam kampung, sedap!)
-macam seekor je ayam dia.


 Sup daging sapi..
kecik giler portion dia, daging pon takde sangat..lemak je banyak.haha
tapi sup dia sedap!


Tahu goreng.
Aku je yang terpaksa habiskan 4 biji tahu tu..
Kenyang sangat, tahu...

Total makan di Saung Andir : 270K Rupiah (3 orang)


KAWAH PUTIH, CIWIDEY



Kawah Putih, Ciwidey

Perut pon dah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Kawah Putih pula..
Masa perjalanan dari sini ke Kawah Putih cuma dalam 30-45 minit sahaja..

Kami sampai di kawah putih dalam 12.30pm.
Bayar entrance fee 65K Rupiah seorang (termasuk angkut). Naik angkut ke atas lagi dalam 10 minit, then sampai.

 Kawasan menunggu untuk naik angkut..
Time bayar entrance fee tu, mereka ada bagi satu kad, dan kad tu perlu diberikan di sini..





Selfie dalam angkut..
Tak perlu lama untuk menunggu angkut sebab sentiasa ada kat situ..



 Tangga menuju ke Kawah Putih..


Malangnya, cuaca kurang baik. Hujan pula masa ni. Banyak yang tawarkan payung dengan harga 10-20k rupiah (sewa sahaja) dengan mask.
Aku tak beli pon mask tu. Sanggup hidu bau belerang. Haha
Azie beli satu payung, aku share je dengan Azie..
malas nak membazirkan duit sewa payung..
sanggup lagi redah hujan..nasib baik renyai-renyai je hujannya..

 
Di situ kami spend masa 30 minit bergambar. Ada juga orang menawarkan servis mengambil gambar siap dapat gambar sekali dengan harga RM6/20k rupiah..
Kami tak ambik pon servis tu. Bergambar sendiri dan mintak tolong pelancong lain ambilkan..

orang ramai waktu ni..hujan-hujan pon penuh orang kat sini..

layankan je gambar kat bawah ye..





 Berani Azie pegang air sulfur ni..haha


 Cantik sangat!!
Air sulfur dia yang kebiruan ni.
dah la biru favourite colour aku.



Tengok?
ramai kan orang..





 Ingat nak bergambar kat sini.
tapi dah ramai sangat yang berdiri kat situ, tak dapat nak tunggu lama..
dengan hujannya lagi..
jadi dapat ambil gambar macam ni je..T__T










 



oklah, sambung nanti pula ye.


bye!


You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..