Review Movie Skiptrace

11:10 PM


Salam..

 Aku sempat layan movie ni malam kemarin (20 Julai 2016)..
Masa tu aku kat Sipitang then Kak AJ mesej ajak tengok movie ni..
Kebetulan aku free, jadi setuju aje lah..
Lagipon pernah tengok trailer movie ni, nampak macam best..
Genre dia action comedy..Jackie Chan pulak yang berlakon mesti lah lagi best kan..


SKIPTRACE


Rating aku : 9.5/10


Memang tak tipu..Serius best giler! Macam nak tengok sekali lagi je..HAHA
Sepanjang movie ni aku asyik gelak je..Langsung tak sempat mengantuk walaupun baru je balik dari Sipitang..Jauh tu jarak Sipitang dengan KK, lebih kurang 2 jam setengah juga lah..Walaupun bukan aku yang drive tapi terasa jugak penatnya..





REVIEW AKU

Mengisahkan Bennie Chan (Jackie Chan), seorang polis China yang ingin menangkap Victor Wong yang dia suspek sebagai Matador iaitu penjahat/pengedar dadah terbesar di China. Dia kematian partner nya 9 tahun lalu semasa menyiasat kes ni.. Sejak kejadian tu, dia hanya abadikan hidup dia untuk menangkap Matador dan juga menjaga anak arwah partner nya iaitu Samantha ( Fan Bingbing).

Samantha pula bekerja di Macau di bawah Victor Wong kerana ingin menyiasat mengenai kes tu juga..
Suatu hari, dia dituduh bersubahat dengan Connor Watts yang mencuri wang di kasino di Macau..
Dia perlu mencari Connor Watts untuk membuktikan yang dia tak bersalah, kalau tak habis lah dia..
Jadi godfather dia (Bennie) terpaksa ke Russia untuk mencari Connor Watts ni..

Dari sana, dia perlu membawa Connor Watts balik ke Hong Kong semula..
Sepanjang perjalanan, pelbagai perkara yang berlaku..
Mereke melalui Russia -> China --> Hong Kong..
Park dekat China yang paling best, bila mereka berpesta dengan orang Mongolia di sana..
Tetiba Jackie Chan menyanyi lagu Adele - Rolling in the Deep..
Lepas tu tak sangka pula orang2 Mongolia pun tahu lagu tu..Part ni memang sangat lawak bagi aku..HAHA


Endingnyaaa..Memang tak aku sangka penjahatnya/ Matador adalah...
Korang tengok lah sendiri..




nah layan lagu Adele dulu..


bye!
.

You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

  1. Jackie Chan?!!! Aaaaaaa, nak tengokkkk!!! Huhuhuhu :P

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..