Short Escape ke Kundasang PART 2 : Crystal Hill & Tree of Hope

1:43 PM


Salam.. 


 Lepas dah breakfast perut pon dah kenyang maka kami bergerak untuk ke Crystal Hill.
Bukannya nak stay sini pun just nak singgah dan ambil gambar kat sini sebab view dia sangat cantik.
Boleh nampak Mount K dari sini tau..



Dari Hotel Strawberry Garden,  kami ke Pekan Kundasang semula sebab tempat ni berdekatan situ..
Nasib baik ada map untuk ke sana, jadi tak sesat lagi macam semalam..


map untuk ke Crystal Hill

(sumber dari fb Crystal Hill, Kundasang)


Jalan nak ke sana memang sangat sempit dan mencuram ke atas, jadi kalau bawak kereta tu kena hati-hati lah ye..
Nasib baik kereta Axia aku mampu naik bukit yang tinggi dan steep tu..



Pemandangan sepanjang perjalanan ke sana..



Sampai sudah di sini!

Mount K dari kejauhan..
Cantik sangat..
Nasib baik kabus belum tebal lagi..

 
 Mestilah berselfie berlatar belakangkan Mount K.





Cantik tempat ni..
Udara pun segar dan nyaman sangat...



 Nahh..Mount K lagii..


Selfie lagi sebelum balik..





Lebih kurang 10-15 minit di sini, kami bergerak turun untuk ke Tree of Hope pula..





Di Crystal Hill  korang boleh melawat Tree of Hope jugak..
Agak famous juga tempat ni..
Jadi alang-alang dah sampai sini kami pon pergi lah juga turun untuk melihat Tree of Hope..


Tree of Hope, Kundasang.

 Tempat ni 2/3 dari Kundasang ke Crystall Hill..

Kami just parking kereta kat ruang kecil yang disediakan (aku assume tempat parking kereta la tu).. 
Kemudian kami masuk ke lorong yang menuju ke Tree of Hope..
Macam naik turun bukit aku rasa.. ada la sedikit kepenatan di situ..
Tapi puas hati dapat bergambar di T  dan dapat melihat pemandangan yang sangat cantik di sana..
Dalam gambar pun tak secantik kalau tengok dari mata kasar korang tau..


 Lorong yang dikelilingi lalang yang lebih tinggi dari korang.


 View on the way ke pokok tu..



 

Dah nampak dari kejauhan the Tree of Hope..



Akhirnyaaaa..
sampai juga di sini..
Jarak lebih kurang 600m lah..
dalam 10-15 minit berjalan..ikut kelajuan korang jugak..


 Selfie satu..haha..


Next, kami singgah ke Hounon Ridge Farmstay & Camping pulakk...





You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

  1. MashaAllah cantiknya. InshaALLah one day . kundasang you tunggu i datang . hehe

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..