Short Escape ke Kundasang PART 1 : Bermalam di Hotel Strawberry Garden

10:57 AM


Salam.

Last week aku dan Mira (colleague aku) buat short escape ke Kundasang!
Dah duduk di Sabah kan, jadi Kundasang ni memang lah favourite place to go..
Jarak perjalanan dari KK - Kundasang lebih kurang 2 jam saja..
Dekat je kannnn..

Mulanya ingat nak ke Labuan, tapi macam tak sempat sebab kami cuma ada off day sehari je. If tak, memang dah pegi sana..

Plan ni memang sekejap je, kami plan a day before pegi. Few days back, Mira ada msg aku cakap dia stress dan nak escape to somewhere.
Jadi aku pon setuju aje lah. Aku pon nak escape to somewhere jugak. Asyik bekerja je setiap hari stress jugak.

Actually aku dan mira dah banyak kali ke Kundasang ni. Aku selalunya pergi balik je tak pernah stay overnight kat sini.
Mira pula biasanya memang akan stay overnight.

Hari rabu last week (4/5/16) lepas kerja pagi kami terus drive ke Kundasang. Dalam 7 malam kami bertolak dari KK (HQE2) dan sampai ke Kundasang dalam pukul 9 malam.

Aku tak balik rumah pun, memang dah pack baju siap-siap sebelum tu dan letak dalam kereta. Perjalanan ke sana Alhamdulillah smooth, cuma mula-mula tu agak jem sikit di area Tuaran.

Sesampai di kundasang, kami sibuk mencari hotel untuk tinggal malam nya tu.
Asalnya kami plan nak stay di Hounon Ridge Farm(famous place to stay, sangat tenang dan nyaman) .
Tapi bila buka fb dia cakap that week closed for booking because the owner not around. Kami ingat nak cuba walk in tapi bila tengok map ke sana di fb, hmmm. Memang tak berani la nak ke sana memalam buta tu. 
Kemudian decide nak stay di Crystal Hill sebab Mira cakap situ pon view dia cantik. Cari jalan tapi tak jumpa sebab salah jalan. Haha

Jadi kami patah balik dari Pekan Kundasang tu dan cari hotel berdekatan je. 
Memang banyak hotel di sekitar Kundasang ni. Mudah sangat nak cari.



Hotel Strawberry Garden.

Akhirnya kami decide untuk stay di Hotel Strawberry Garden aje.
Bayaran Rm 137.80 + deposit RM100 (akan dipulangkan time check out nanti) untuk satu malam.. Check out jam 12 tengahari esoknya. 

Dapat free breakfast jugak. Menu boleh pilih siap-siap malam tu jugak..
Esoknya, mereka just prepare je..

Dah siap bayar kami pon bergerak ke bilik yang disediakan. Not bad lah. 
Selesa la untuk tidur. Tak lama pun kat sana. 


Kami pilih 2 single bed.


Hampir lengkap barang yang disediakan di sini.
Siap iron & iron board lagi..
Tapi aku tak guna iron pun, aku bawak baju dan tudung yang IRONLESS.. ^^
Buka tingkap. Wah sejuk giler kat luar. Terus tutup dan akhirnya tido dengan lenanya.



Balkoni bilik kami..


Keesokan pagi....

Terbangun lambat.. Ingat nak tengok sunrise tapi dua-dua tak terjaga awal. Jadi terlepas nak tengok sunrise..
takpelah, next time boleh lagi..



 Pemandangan dari balkoni bilik
Kiri : malam
Kanan : awal pagi (cantik kan!!)


Waktu untuk breakfast bermula dari 7.30am-10.30am.
Lepas kami dah siap semua, baru pukul 7am.
Jadi kami pergi lah singgah di Strawberry Garden yang ada di sini..
Yang tak bestnye, sekarang bukan musim buah strawberry..



 


Jadi cuma dapat tengok pokoknye aje lah.. Buahnya ada la 2-3 biji yang kami jumpa..






Untuk pengetahuan korang, tempat ni juga dibuka untuk orang luar (yang tak menginap di Hotel Strawberry Garden) dengan bayaran sebanyak RM1.
 If yang stay, tak perlu bayar, FREE je.. ^^



Bergambar dengan strawberry yang paling ranum/cantik..




Di sini, kita boleh pilih nak tinggal di bangunan lama or baru..
Kami pilih untuk tinggal di bangunan baru..
Sini lah pintu masuk bangunan baru tu..
Sini juga lah terletaknya Strawberry Garden tu..


Tepat jam7.30am kami terus pergi ke lobi hotel untuk mencari breakfast..

Reception counter.




Breakfast pagi tu.
Nasi goreng + telur mata + 2 sosej  & Air kopi susu panas..
Alhamdulillah, kenyang..


Oklah..next kami keee...





You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..