Review Sipadan Inn II, Semporna

12:47 PM


Salam..

Kami menginap di Semporna selama 2 malam.
Mulanya plan nak ke Mabul di hari pertama, tapi disebabkan salah timing dan belum book pakej, jadi kami stay saja di Semporna dulu..
Sebab trip/island hopping nak ke pulau lain biasanya akan bermula di Jeti Umum Semporna..

Bell dan Anis yang hantar kami ke sana, dan mereka yang cadangkan kami tinggal di sini.
Sebelum ni mereka pernah juga ke sini dan stay di Sipadan Inn II..

Kami ambil shared room yang berharga RM110/malam.
Agak mahal juga aku rasa sebenarnya compare to other hostel/hotel yang aku survey sebelum ni..
Roughly dalam Rm80-Rm100 semalam..

Tapi bila dah stay sini, aku rasa berbaloi lah jugak..

Sebabnya :


1) Tempat strategik
-Inn ni terletak di tepi laut, dan di bawah terdapat pelbagai macam kedai makanan
 (kalau lapar, terus je turun bawah terus jumpa kedai)

2) Ada WIFI percuma
-Aku tak pasti hotel lain ada WIFI ataupun tak, tapi aku ada ternampak di hotel lain yang kalau nak guna wifi ada bayaran asing.
cth : Dragon Inn Floating Hotel

3) Selesa dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi
-Semua toileteries disediakan. Kami dah lah tak bawak towel, nasib baik ada..Kalau tak memang plan nak beli towel je kat sini
- Ada TV, ada water heater, ada aircond (nasib baik ada aircond, memang sangat bersyukur disebabkan cuaca yang teramat panas sekarang)


Ok, jom kita tengok gambar yang diambil..




Queen Bed. Ada juga yang double single beds, tapi tak boleh check in lagi sebab belum siap kemas..







Yeayyy..ada TV !
Tapi ada 4-5 channel je yang boleh tengok..


 
Air mineral ada disediakan sekali..
2 x air botol kecil






Toilet.


Siap ada hair dryer lagi..


Keperluan asas peribadi pon ada jugak.




Kad access bilik beserta WIFI password!
Wifi agak laju.. Puas hati..



Ok bye!


You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

  1. agk cantik dan lengkap tempatnya...

    ReplyDelete
  2. singgah petang ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..