Review Mabul Backpackers di Mabul, Sabah

12:35 PM


Salam..



Hari ni aku nak review tempat tinggal kami selama 2 hari 1 malam di Mabul.
Kami pilih untuk tinggal di Mabul Backpackers (sekali dengan pakej snorkelling, dan makan 3x sehari)
Walaupun harganya murah, tapi bagi aku agak selesa juga lah. Asalkan boleh mandi dan tidur dengan selesa.
Mula-mula masa kami book pakej ni di Semporna, rupanya pakej bilik yang diberi kepada kami tak termasuk dengan bilik air di dalam bilik.
Sebabkan kami ni jenis yang tak selesa kalau tak ada bilik sekali dengan toilet jadi kami upgrade ke bilik yang disediakan toilet sekali. Seorang kena tambah RM60. Duit tak pe, yang penting selesa. Nak rehat puas puas kat sini sebelum masuk posting baru.


Yang bestnye, bilik kami terletak betul betul depan laut tu. Bila bila masa je boleh terjun masuk ke laut. Haha..
Tapi aku tak berani la buat macam tu, berenang pun tak pandai kan.
OK, jom lihat gambar yang diambil semasa di sana..



Pemandangan betul betul di depan bilik kami..Cantik sangat..



2 single beds.


Almari pon disediakan sekali..



Pintu belakang bilik kami.. Mabul Backpackers terletak di hadapan SK Mabul.



Berehat di buaian depan bilik sambil menikmati pemandangan indah..
Tenang je rasa..


Sedikit info tentang Mabul Backpackers


-          Ada kipas je, tak ada aircond (nasib baik tak panas)
-          No WIFI.  (nasib baik line Celcom lancar je kat sini)
-   Katil selesa
-  Ada satu je plug yang disediakan (jadi kena bawak extension plug kalau nak tinggal sini, maybe kat sini pon disediakan kot. Aku ok je dengan satu plug, tukar tukar la kami mengecas phone)
-Air di sini sumbernya dari perigi tau.. Jadi ada lah masin masin sikit. Tapi tak semasin air laut ye.


ok bye!
 

You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..