Makan Seafood murah di Semporna

7:24 PM


Salam..

 Last month punya trip --> Travelog Tawau-Semporna-Mabul Mac 2016
Belum habis update lagi, so aku akan make sure update this month sampai habis..
hehe..

Semasa di Semporna, kami sempat  makan seafood di sana..
Alhamdulillah, sedap dan harga sangat murah berbanding seafood di KK..

Kami memilih untuk makan seafood sekitar tempat penginapan kami iaitu Sipadan Inn II..



Seafood segar yang diambil dari akuarium..


Menu yang kami order.
1) Sotong goreng tepung (2 org)
2) Ikan kerapu masak 3 rasa (seekor)
3) Ketam masak lemak cili padi (3 ekor)
4) Tomyam seafood (2 org)
5) Sayur campur (1 org)
6) Air kelapa + air oren
7) Nasi putih (2 org)



Untuk 2 orang makan je ni tau..
Lapar sangat lah katakan..






 Ikan kerapu masak 3 rasa
Sedap!



 Sotong goreng tepung
Not bad lah..sedap..


 Ketam masak lemak cili padi
 Macam lain sikit masak lemak cili padi ni, tapi tekak boleh telan je..
Ketam best..


Nasib baik habis juga lauk yang kami order. Sotong goreng tepung terpaksa kami tapau je sebab tak dapat dah nak habiskan. 

Cuba teka berapa harga makanan tadi?
RM100++? Takk.. RM62.50 je. Tu pon kami bayar rm62 je, adik tu bagi diskaun. Mekasih adik..

Kami bajet dah kena bayar dalam RM100+ sebab kalau di KK, memang macam tu harganya. Jadi memang murahlah makanan laut di Semporna ni.

Next time kena repeat lagi ke sini!



You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..