How i spend my postcall day

8:58 PM


Salam.

Tajuk tak boleh blah kan. Haha
Tapi betul lah tu. 
Time postcall adalah masa terbaik untuk memanjakan diri.
Bukan selalu. 2-3 bulan sekali. Ada duit lebih kerap lah sikit. Hehe

Aktiviti memanjakan diri yang biasa aku buat antaranya
- buat facial 
- cuci rambut/ gunting rambut
- massage
- manicure/pedicure

Hari ni aku postcall. Kebetulan housemate aku Pika pon postcall jugak.
Jadi ke Karamunsing lah kami.
Aku nak cuci rambut sikit. Rasa dah lama tak menyucikan rambut dengan secucinya. Haha

Aktiviti kedua
Massage kaki.
Maklumlah bila dah kerja houseman ni, tak sah kalau tak lari ke sana sini. Malam tadi aku cover 2 ward (male & female) jadi penat jugak lah aku berlari ke sana sini. Nasib baik level yang sama. Kalau tak, terpaksa berlari naik turun tangga. Fuhhh

Di Karamunsing ni antara tempat yang best untuk memanjakan diri. 
Kat sini ada banyak kedai gunting rambut (termasuklah untuk muslimah), massage dan macam lagi lah.

Kat sini ada 2 tempat gunting rambut muslimah yang aku biasa pergi. Actually kedai gunting rambut ni unisex. Tapi ada macam kain langsir untuk tutup bagi yang muslimah. of course, pekerjanya perempuan lah..

Habis Rm200 kat sini..

Lepas tu pergi massage kaki pulak..
Rasa lenguh giler kaki..Kami cari kedai massage untuk muslimah punya.. ada 2 tempat yang aku jumpa.. Tempat first, tak ada orang nak buat massage pula..Jadi dia suggestkan kami ke tempat ni..
Bali Ayu Beauty Center.



Harga not bad lah.. Di level 1 Karamunsing Complex..
next time boleh ke sini untuk massage lagi..

Ni lah cara aku spend postcall day aku..
Tapi kebiasaannya aku akan balik dan tidur sepuasnyaa...
haha

bye!

p/s : entri ni taip semalam, tapi publish hari ni ..tetiba teringin nak makan makanan korea..



You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..