Travelog Tawau-Semporna-Mabul Mac 2016

10:39 AM


Salam..

Alhamdulillah.. Dapat jugak jejakkan kaki ke Tawau setelah hampir 2 tahun di Sabah. 
Aku dan housemate aku (Pika) ke Tawau dari 17hb-21hb mac 2016
Kami gerak dari KK ke Tawau dengan menaiki Maswings (first time ok!). 
Kami 2 orang postcall, jadi kami pilih untuk naik flight je. Kalau drive perlukan masa dan tenaga. 
Jadi kami pilih untuk naik flight. Cepat sikit sampai.
Kami naik maswing pukul 7.45pm 17hb mac. Sampai sejam selepas tu lebih kurang pukul 9pm. 
Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan.

Sampai di airport Tawau dah ada kawan kami (Bell) menunggu di situ.
Perjalanan kami di Tawau agak mudah kerana memang ada kawan kami yang tinggal di sana.
Nasib kami baik, Bell off day hari tu dan keesokan harinya..
Jadi Bell yang ambil kami di airport Tawau.

Di tawau, kami terus bergerak ke rumah Anis. Memang plan untuk tidur di sana malam ni..
Mulanya kami ingat nak tidur di airport tawau je, nasib baik kami dapat info yang airport tawau bukannya buka 24 jam..
Kalau tak, terpaksa lah kami cari tempat lain untuk tidur malam tu..


Esoknyaa..
Kami bangun awal pagi..
Plan nak gerak pukul 6.30 pagi macam tu tapi tak jadi.
Kami bergerak dari Tawau lebih kurang 8.30 pagi dan sampai di Semporna dalam 9.30-10 pagi..
 Sesampai di sana, terus kami ke Jeti Umum Semporna untuk mencari orang bot yang nak ke pulau-pulau..
Asalnya kami nak ke Mabul hari tu dan esoknya ke Bohey Dulang-Sibuan, Mantabuan dan lusanya ke Mataking..
Tapi plan terpaksa diubah kerana tiada bot yang akan ke Mabul masa tu.. Biasanya bot ke Mabul akan bergerak dalam pukul 8 pagi atau 2 petang, melainkan kalau korang ambil pakej 1 bot..
Kami pergi berdua aje, jadi baik ambil pakej atau tumpang bot orang lain..

Jadi hampir sejam juga kami survey di sekitar situ.. (maklumlah, last minit plan)
Akhirnya, aku dan Pika decide untuk stay di Semporna selama 2 malam dan di Mabul selama 2 hari 1 malam..

Jadi, inilah itinerary kami sepanjang di sana..


Itinerary Travelog Tawau-Semporna-Mabul Mac 2016



Day 1
-Naik MasWing ke Tawau
 - Bermalam di rumah Anis

Day 2
- Ke Semporna
-Makan Nasi Payau di Kunak
-Jalan2 Semporna
-Check in Sipadan Inn II

Day 3
-Ke Bohey Dulang & Sibuan
-Makan seafood

Day 4
-Ke Mabul
-Stay di Mabul Backpackers
-Snorkelling x 2
-Jalan2 di sekitar pulau Mabul (ke Bungalow Water Resort)

Day 5
-Snorkelling x 2
-Check out Mabul Backpackers
-Balik ke Tawau menaiki van
-Menaiki MasWing balik ke KK


Kos ke sana akan dikongsikan di dalam next entri insyaAllah..

Kos/Bajet Keseluruhan ke Tawau-Semporna-Mabul


Snorkelling di Sibuan island.



Menikmati sunset di Mabul..Subhanallah..


Dari puncak Bohey Dulang..



 Di jeti Bohey Dulang..


Kampung Bajau Laut.



bye!


p/s : Rasa macam nak ke India pula lepas ni..ada tiket murah tau!

You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

  1. subhanallah..cantiknya.teringin sangat nak sampai sini

    ReplyDelete
  2. nak full cost pergi sana and tempat backpackers pliss. hehehe

    ReplyDelete
  3. Ya Rabbi cantiknyaaa !!! isk nak kena plan jugaklaaa visit Semporna ni..

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..