Makan Nasi Payau di Kunak, Sabah

12:31 PM


Salam.. 

Lepas hantar kami ke Semporna, Bell bawak kami makan di Kunak.. Makanan yang terkenal di sini ialah Nasi Payau..
 Haa... Ape tu payau? pahit ke maksudnya?

Taklah.. Payau sebenarnya adalah rusa.. Jadi kedai makan ni ada menjual pelbagai jenis makanan daripada daging rusa..
 Jarak dari Semporna ke Kunak lebih kurang dalam 30 minit, sama juga jarak dari Tawau ke sini..

Kedai Nasi Payau


Ini merupakan kali pertama aku merasa daging rusa.. Rasa macam excited juga untuk mencuba..
Maklumlah, di semenanjung agak susah nak cari daging rusa ni..



 serba sedikit mengenai nasi payau di sini..


Sempat lagi kami selfie sementara menunggu order sampai..


Kaunter depan kedai..
Masa kami sampai ni tak ramai lagi orang.. 
Tak lama lepas tu, hampir penuh dah kedai ni..

makanan dah sampai!

 Nasi goreng payau..
Ni makanan yang aku order..
Alhamdulillah, sedap..tapi portion macam agak kecil..



 Air kelapa.. Aku dan Pika order air kelapa..
Sebab cuaca kan panas, jadi kenalah sejukkan sedikit badan..


Ni pula mee sizzling payau..
Pika punya makanan..
sedap..daging rusa dia pon banyak..

Bell makan nasi payau & Anis makan sup payau..
tak sempat ambil gambar T_T


Overall, aku rasa sedap juga daging rusa ni.. Lebih lembut dari daging biasa..
Next time ke Tawau aku nak cuba lagi lah!
InsyaAllah..



You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

  1. jalan2 ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. bestnyaa lama tak pegi Sabah.. tp x penah pun smpai sini..
    payau tu kalo kat utara ni pahit kan ? hehe..

    ReplyDelete
  3. sy baru singgah sini menggu lepas.. sedap

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..