Tumbler FREE Dunkin Donuts!

9:03 PM


Salam.. 

Lamanya tak update blog..
Lebih dua minggu dah.. sibuk memanjang..
Sekarang dekat posting Medical, dengan sistem oncall yang memenatkan lagi..
Ada masa je, tidur..
Hari off pon tak dapat buat apa sangat sebab rasa macam nak berehat je replenish tenaga yang hilang..

 Semalam, Inah dah selamat balik ke Semenanjung for good..
Tinggal aku & Pika je meneruskan perjuangan di Sabah.. Hopefully dapat habiskan housemanship tahun ni..

Ok lari tajuk pulak..
Tadi singgah stesen minyak Petronas berhampiran rumah untuk isi minyak..
Sekarang dah ada kedai Dunkin Donuts kat stesen minyak ni (stesen minyak sama yang aku beli cheesecake lemon sedap ni).
Niat nak beli sandwich je as a dinner malam ni.
Tetiba nampak tumbler time nak bayar sandwich yang aku beli ni.
Terus tanya, berapa harga tumbler tu..
Rupanya tak dijual pon..
Kena beli 6 biji donuts dan segelas chocolate drink...
Aku apa lah lagi..

Terus lah beli semata-mata nak dapatkan tumbler tu..^^


Satu set (6 biji donut) + chocolate drink = RM25
Sandwich harga lain - RM9.35  


 6 biji donut..



 Chicken Mayo Sandwich.. 
Biasa je rasa dia..





 Choc drink.. Rasa susu coklat..nyumss



Tumbler FREE!! 



 Yes! ada tumbler baru..

Tumbler sebelum ni dah hilang..Tinggalkan masa kat posting Paeds dulu..
Banyak tumbler yang dibeli, banyak tu juga hilangkan..T_T


Oklah..Need to sleep now..
Esok kerja lagi..
Tireddd T_________T



 
 



You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..