Travelog Vietnam - Day 3 # Part 3 : Mui Ne Half Day Tour - Fairy Stream

10:13 PM


Salam..

Destinasi pertama kami di Mui ne ialah Fairy Stream..
Tak sure kenapa nama tempat ni Fairy Stream..
Kalau stream tu memang betul dah.. Fairy tu tak tau datang dari mana,,

Kami dah pilih pakej Mui Ne Half Day Tour ni dari Duna Hotel di HCM lagi..
Siap dah bayar kat sana sekali..
Kami just bawak badan je untuk ke tour ni..

Kami naik 1 jeep sepanjang tour ni..
Asalnya 6 orang je satu jeep ni, tapi tak tahu lah macam mana boleh jadi 8 orang.. Maybe tour guide ni nak cari duit lebih..
Mulanya, aku pon tak tau pasal ni..Tapi ada sorang backpacker dari Malaysia yang ada sekali dalam jeep kami tu yang bagitau..
Excited pulak kami dapat jumpa orang Malaysia kat sini..hehe

Agak sempit jugak lah kami seramai 8 orang dalam jeep tu..
Nasib semua kecik-kecik je..

Dah sampai Fairy Stream, tour guide kami beri masa selama 30 minit untuk masuk ke sini..
Kami pon berjalan la masuk sendiri..




Tour guide kami tunggu kat luar je sembang dengan geng-geng dia yang lain..
Aku dan Anis pon follow jelah orang lain..


 Tebing di mana bermulanya perjalanan kami menyusuri Fairy Stream ni..


Air dia jernih dan sangat cetek..
Mulanya ingat nak pakai kasut je, tapi takut kasut basah pulak..



 Jalan dan jalan lagi..
Ada souvenir shop di sebelah kiri atas gambar ni..
Barang macam biasa lah yang dijual di situ..
kami tak tengok pon, lalu je..





Tak lama berjalan, kami nampak ada tempat untuk menunggang ostrich..
Berapa harga dia, aku dah lupa..sorryyy





 Kami ambil gambar je, lepas tu teruskan kembali menyusuri stream ni..









Ramai orang kat sini..


Jalan punya jalan, kami jumpa tempat ni pula..
Di seberang stream ni je..


Kami tengok ramai yang berhenti ambil gambar, jadi kami pon apa lagi..


Mestilah bergambar jugak..
sebagai kenangan datang ke sini..








Kemudian, kami jumpa satu bukit ni pula..
Bukit yang bertanah merah.. (refer gambar : sebelah kiri )


Kami pon mula lah panjat naik ke atas..
Ingatkan senang je, rupanya susah juga nak naik ke atas..
dengan tanah dia yang macam tu..asyik tenggelam je kaki+ pasir tu sangat panas sebab matahari sangat terik masa ni..








 Akhirnya, sampai juga di atas bukit..
Pemandangan dia boleh tahan cantik juga..




Panjang lagi stream ni rupanya..



Bergambar berdua..ada orang thai yang tolong kami ambilkan..


...Dari atas tu nak turun ke bawah pon seksa juga..
Nasib baik tak terjatuh..
Kami tak teruskan ke arah sana, kami berpatah balik ikut jalan tadi sebab takut panjang lagi stream ni..
Time tu rasanya dah lebih 30 minit kami kat dalam tu..


Jalan keluar dari Fairy Stream..


Nasib baik, kami bukan orang terakhir yang sampai situ..
Terpaksa lah kami tunggu orang lain..
8 orang kan kesemuanya..
Ada yang sampai lambat jugak la..sabar jelah..

next, kami ke Sand Dunes!


You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

  1. yeahhhh.... seronoknyer sis.... akak pun rasa cam jalan dalam sir tu jer.....

    ReplyDelete
  2. seronoknya,air sungai pun jernih je :-)

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..