Travelog Vietnam - Day 3 # Part 1 :Perjalanan ke Mui Ne dari Dalat

11:00 AM


Salam..

Hari ketiga.

Bangun pukul 5 pagi. mandi solat.
Then kemas brg sbb nk check out pagi ni. 

Lepas kemas brg turun bawah untuk tnya owner hotel cmne nak ke tmpt utk kami naik bas. 
Tunjuk diorg tiket tu, pastu diorg trus kol syarikat travel tu. Ingatkan kena pegi sendiri tapi org tu cakap diorg akan pick up kami kat sini.
 Jadi sementara tunggu baik makan dulu. Makan ape lagi,mestilah megi dan minum instant coffee. Yang bestnya kat sini, dah abis makan diorg siap amik mangkuk kita dan tolong basuhkan. Yeay! Tak payah nak basahkan tangan. 




Jom tengok sekitar lobi dan dapur yang disediakan di Minh Huyen Hotel ni.

Sempat juga aku ambil gambar sambil menunggu orang pick up kami untuk ke stesen bas..


Dapur yang disediakan di sini..
Biasa kami guna air panas aje lah..
Untuk masak megi + instant coffee.

Kalau nak guna dapur gas pon boleh juga..
Kami tak guna pon..


Lobi hotel..
Kerusi depan tu lah tempat kami selalu breakfast..
Eh, selalu lah sangat padahal 2 kali je..hihi


Di luar hotel.
Ada motor sewa untuk sesiapa yang berminat.


Dalam pukul 7 pagi, van yang nak pick up kami untuk ke stesen bas pon sampai..
Dah sampai tempat tunggu bas, kena check in tiket dulu tau..



Tiket bas kami..
119 000 VND  ~ RM 23 seorang
(Kami dah bayar di Duna Hotel sebelum ni)
 
Tiket bas pon kena check in kot.. Haha. 




Then naik bas, bas gerak dalam pukul 7.30am (sharp kot!) then sampai ke mui nee tepat-tepat pukul 11.45am. 


Air minuman & tisu basah diberikan percuma.


Before tu ada berhenti rehat sekejap dekat satu tempat ni ala2 R&R rasanya kot dalam 25 minit. 

Jalan ke mui ne serius sangat scary. Berbukit bukau. Jalan sempit je.. Tapi pemandangan sangatlah cantik. Aku tak amik banyak gambar sangat sebab tertidur + ambil gambar dari cermin bas yang kotor tak cantik. 



Gambar terakhir di Dalat..
Ada Dalat Eiffel Tower di situ..


Tasik di Dalat yang cantik..


Perjalanan ke Mui Ne pon bermula..

Pokok kopi sepanjang perjalanan kami..


Rumah penduduk di sekitar situ..





Nampak tak bas kami?
Kecik je bas tu, jadi laju gila driver bas tu bawak.
Nasib baik cekap..


Jalan yang kecil..




Ni lah R&R yang aku cakap tadi..
Ramai yang turun singgah toilet.
Jenuh beratur panjang sebab ada beberapa bas lain yang berhenti situ juga,


Perjalanan diteruskan..
Masa ni dah nak dekat sampai Mui Ne dah..
Jalan pon dah tak berbukit bukau lagi..


Sekarang lalu di tepi pantai pula..



Nampak cantik je air dia dari jauh  + di bawah cahaya matahari yang terik.




So once arrive je, kami terus ke pejabar tsinh tu. 
Ingatkan kat situ kami kena tunggu orang untuk pegi Mui Ne Half Day Tour..

Rupanya kat alamat ni- refer gambar bawah. 


Tapi salah lagi rupanya. Ni bukan main office, main office jauh sikit lagi dari situ. Dia cakap dlm 2 km. fuhh.. Dah la penat. Memang tak lah nak jalan ke sana pula.

Dah lah rimas dengan pemandu teksi dan pemandu motosikal situ yg asyik ajak diorg naik kenderaan diorang tu. 

Jadi kami tinggalkan beg kat situ dan pegi cari toilet. Masuk je toilet kat kedai sebelah tempat tu. 



Tham Hanh Travel Office (office first yang kami pergi)
Ada 2 office sebenarnya.
Malam lepas tour tu baru kami ke office yang satu lagi sebab office ni tutup awal (10 malam) dan tiket kami untuk ke Ho Chi Minh nanti pukul 12 tengah malam.

Disebabkan tour kami nanti bermula pada pukul 1 petang, jadi kami ronda-ronda lah sekitar Mui Ne sambil tu cuba untuk mencari makanan yang boleh kami makan..

Kami sempat singgah di pantai belakang office dan masuk ke beberapa hotel/chalet cantik yang ada kat situ..
Kami masuk ambil gambar je, nasib tak kena halau..


aku share dalam entri seterusnya pula lah ye..
ok bye!



You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

  1. La..ingatkan dalat dekat sarawak tadi, tu la sebab confuse jap. ingatkan travel dari dalat sarawak ke vietnam ....anyway great article and have a save journey.

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..