Travelog Vietnam - Day 2 # Part 10 : Crazy House (Dalat)

10:18 AM


Salam..

Tempat terakhir yang kami singgah di Dalat --> CRAZY HOUSE.. Tempat ni tak termasuk dalam pakej Dalat City Tour yang kami amik tau.
Kalau pakej lain, ada lah.



CRAZY HOUSE. Nampak scary kan??


Tapi bagus tak amik dalam pakej sebab tempat ni agak besar dan keliru.. Jadi baik korang pergi sendiri jadi boleh spend masa sesuka hati korang.
Kami di sini lebih kurang sejam lebih juga lah..
Sebab lepas lalu satu tempat ni bersambung pulak dengan tempat lain..
Memang kena lah dengan nama tempat ni, CRAZY HOUSE.



Kaunter tiket..
Harga 40 0000 VND ~ RM8



Tiket masuk ke Crazy House..


Peta Crazy House lah kot..


Yang bestnye, di dalam crazy house ni ada bilik hotel juga tau..
Jadi kalau korang rasa macam nak stay lama-lama kat sini, baik korang tinggal sini semalam ke.
Tapi aku tak pasti berapa harga semalam di sini ye..
Tapi nampak gaya macam mahal lah..

Bilik dia boleh tahan cantik juga..
Nanti aku tunjuk gambar di bawah ye..
Ada beberapa gambar yang aku sempat ambil lah..

Sekarang ni, jom layan dulu gambar-gambar sekitar Crazy House ni..

Nampak macam istana pon ada gak..
Rekaan dan binaan yang unik..


Boleh berehat kejap kalau korang penat berjalan selongkar crazy house ni..






? pokok yang pelik.


Tangga yang unik..
 Sebelah kiri ke kanan korang nak pergi?





Contoh bilik di sini..
Gambar tak berapa nak jelas sebab ambil dari celah tingkap yang terbuka..


Banyak lorong yang korang bilih pilih..
Kami ikut jejak kaki je nak ke mana..






haa..Ni lah bilik tidur dia..
Cantik jugak kan?


Siap ada tempat untuk berehat lagi..


Nampak tak ada tangga atas bumbung rumah tu?
Scary kot jalan atas tu..
Siapa yang gayat jangan lah cuba untuk naik ye..



 Contoh bilik hotel lagi.
Ada orang kot sini, sebab tu pintu ditutup.


Ada certain part yang masih dalam proses pembinaan lagi.


Cari orang yang tersembunyi.. hehe



Berjalan di atas bumbung rumah..





Siap ada kolam kecil lagi..











 Pemandangan dari atas tangga di bumbung tadi tu..





Ni pun kawasan yang dalam pembinaan lagi..









sempat lagi kami selfie di tangga yang gayat tu...



ini memang gila!







Dah lah time ni agak ramai orang juga..
Bayangkan korang tengah jalan di atas tangga yang sempit dan gayat tu, then tetiba ada orang muncul dari depan..
Haa, terpaksa lah korang bagi laluan kat diorang..
Scary pon ye jugak..
Kena genggam kuat la tangga tu..





Berdiri di atas tangga yang sempit dan tinggi dengan hanya memegang apa-apa aje yang ada di sebelah kiri dan kanan korang...


 Tangga yang sangat berselirat..


 tangga turun yang menjunam ke bawah..
hati-hati la kalau nak turun..


suka gambar ni..cantik!



As usual, souvenir shop mestilah ada..


As usual, aku cuci mata je..malas nak beli..






 another guestroom..


Di bahagian sini, ada kawasan taman kecil untuk berehat dan juga ada kiosk yang menjual pelbagai jus buah..

Kalau korang penat dan dahaga boleh lah berhenti sekejap dan minum di sini..




Reception counter..
Untuk korang yang nak menginap di sini..





Jam di reception counter tadi tu..






Dah puas kami meronda Crazy House ni, tiba lah masanya untuk kami balik.
Jam dah pukul 5 petang macam tu lah..

Kami balik naik ape?
Mulanya nak naik teksi, tapi kami berubah fikiran untuk berjalan kaki je..
Masa kami pergi tadi, tour guide kami dah ajar cara nak balik ke guest house kami..
Tengok macam dekat je..
Rupanya, bila berjalan tu lebih kurang 30 minit juga lah..

Tapi kami ok je, sebab dapat tengok sekitar bandar Dalat buat kali terakhir sebelum balik..

Bestnye Dalat, rasa macam tak nak balik je..
Cuaca dia dah lah sangat sejuk..
Malam-malam tak guna aircond pun rasa macam korang pasang aircond..
Terpaksa lah berselimut tebal kalau ta memang kesejukan lah..

oklah, next kita ke Mui Ne pulak!



You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..