Travelog Vietnam - Day 2 # Part 6 : Datanla Waterfall (Dalat)

9:40 AM


Salam..

Akhirnya, sampai juga kami ke Datanla Waterfall, Dalat.. 


Tempat ni antara tarikan menarik yang terdapat di Dalat..
Di sini, bukan untuk tengok air terjun semata-mata, tetapi ada pelbagai jenis aktiviti lain lagi yang korang boleh buat..
Biasa kat Malaysia, air terjun tempat untuk beriadah dan bermandi manda sahaja kan..
Tapi di sini ada tarikan yang best seperti roller coaster, cable car, rock climbing dan macam macam lagi.

Kami naik roller coaster je, aktiviti lain tak bersesuaian pula dengan pakaian dan masa kami..


Actually, bukan roller coaster sangat lah..
Sebab dari pintu masuk untuk ke air terjun, agak jauh juga lah.
Korang boleh naik beberapa jenis transport yang disediakan seperti roller coaster dan cable car.
Kalau korang rajin nak berjalan dan nak berjimat, boleh lah berjalan kaki je..
Tapi korang kena berjalan untuk pergi dan balik..untuk pergi sahaja ok lagi sebab jalan dia menurun tapi kalau nak balik tu memang penat lah sebab kena 'menaik' bukit..

Jadi kami decide untuk naik roller coaster sahaja untuk pergi dan balik ke air terjun tu..
Harga pon boleh tahan 50 000 VND ~ RM10.


Alang-alang dah sampai, baik try je benda baru yang mungkin tak ada kat tempat lain..


 Harga roller coaster 
One Way : 40 000 VND 
Return : 50 000 VND

Jadi, baik ambil return..Jimat tenaga dan masa..


Tengah beratur menunggu giliran..


 Agak ramai juga orang masa ni..Tunggu lebih kurang 5-10 minit untuk sampai turn kami..
One ride boleh naik dua orang..
Tapi kami tamak, ambil satu ride sorang haha

Sebab kalau 2 orang, nanti orang depan akan terkepit sebab sempit sangat ride tu.. 
orang kurus boleh lah kot..

 Sempat lagi selfie kan..
Korang boleh control benda ni guna tangan korang..
Jadi korang boleh stop sesuka hati..
Ada pemegang di kiri kanan korang.. Kalau nak gerak, kena tarik pemegang tu ke belakang.
Kalau nak stop pula, just kembali ke neutral position.
Kena pandai jaga jarak dengan orang depan juga, takut terlanggar lak..


Nampak macam scary juga sebenarnya..
Tapi masa naik ni, fikir yang positif-2 je..


 Dah sampai ke air terjun..

 Dalam gambar nampak biasa je kan, tapi serius cantik!

Ramai orang masa ni, beratur juga la nak bergambar depan air terjun tu.

 Souvenir shop mestilah ada kan kat mana-mana ..


Sejuk je masa ni..


 Kat sini lah tempat nak naik cable car tu..
Tapi macam tutup je masa ni..








 Banyak lagi gambar sebenarnya..
Tapi ada dekat Anis T_T



Kami di sini lebih kurang setengah jam..

Then bergerak balik ke pintu masuk utama Datanla Waterfall.


semestinya dengan menaiki roller coaster tadi juga..


Pengalaman naik roller coaster yang lain dari yang lain, hanya di Vietnam!

You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..