Travelog Vietnam - Day 2 # Part 4 : Robin Hill (Dalat)

10:02 AM


Salam..

Kami ke Robin Hill pula selepas ke Bao Dai Summer Palace..Di sini tarikan utama adalah cable car nya..
Kami naik cable car dari sini menuju ke Truc Lam Zhen Meditation Monastry..

 Robin Hill


 Cantik bunga-bunga kat tepi tangga tu.


Mulanya, kami diberi pilihan sama ada untuk naik cable car atau naik van untuk ke next destination.
Dah alang-alang kat sini kan. jadi kami pilih lah untuk naik cable car.
Harga pun not bad lah.. 
50 000 VND ~  RM10.
 
 Harga untuk menaiki cable car.



Sempat lagi bergambar dulu..


Nampak tak van yang kami naik di bawah tu? Hehe   

Sebenarnya banyak lagi gambar,tapi semuanya ada dekat Anis sebab guna kamera dia..
Gambar-gambar aku semuanya diambil menggunakan kamera iPhone 5S..

 Pemandangan bandar Dalat dari Robin Hill

Kawasan di sekitar sini pun cantik juga..
dari sini dapat lihat sekitar bandar Dalat yang cantik..
Ada lah beberapa gambar yang diambil dari sini..


 Tak sempat nak tinjau-tinjau bangunan ni..
Kami kena rush untuk naik cable car masa ni..


 Sekitar Robin Hill.. (tetiba gambar jadi gelap)


 Bandar Dalat yang cantik..


Ni merupakan pengalaman pertama aku menaiki cable car. 
Walaupun aku memang asal Penang tapi tak pernah pon lagi naik cable car di Bukit Bendera.
Haha.


Tak sabar nak naik cable car.. yeay!


 Tiket kami..


 With our tour guide, Hai..


 Pemandangan dari atas cable car..







Pokok kopi di sekitar kolam tu.


Dah nak habis.. 

Jarak perjalanan lebih kurang 5-10 minit macam tu lah (ingat-ingat lupa) sepanjang 2-3 km
Nasib baik tak gayat..
Dari sini kami dapat lihat hampir keseluruhan bandar Dalat dan tasik yang sangat cantik..(tak tau nama)

Turun je dari cable car, ada souvenir shop di sini..

 Ada jual minuman..


 
Aksesori wanita. 
Aku window shopping je, tak de mood nak shopping lagi..




Komen aku : good experience. Alang-alang dah sampai, baik cuba.


You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..