Travelog Vietnam - Day 2 # Part 3 : Bao Dai Summer Palace (Dalat)

6:42 PM


Salam.. 

Tempat pertama yang kami kunjungi bagi Dalat City Tour adalah :

Bao Dai Summer Palace !



Tapi sebelum kami ke sini, kami singgah beberapa tempat lain untuk pick up pengunjung lain..

Selfie di dalam van. Masa ni hanya kami berdua yang ada dalam van..

 Tak lama lepas tu, van singgah ambil pengunjung lain di hotel ni..
Cantik, tapi tak tau lah berapa harga menginap semalam di sini..



Kawasan di Dalat.. Nampak tenang je.. Motosikal tak sebanyak di HCM.


Deretan bangunan di Dalat.. France style.


Di hadapan Bao Dai Summer Palace

Sedikit info mengenai King Bao Dai..Merupakan raja terakhir di Vietnam..
Mempunyai 7 orang isteri berlainan negara; 3 vietnam, 1 Hong Kong, 1 france dan mempunyai seramai 13 orang anak (5 son, 8 daughter).
Sejak dia berumur 9 tahun, dia telah berpindah ke France.
Sebab tu lah dia ada isteri France dan bangunan di Dalat ala-ala France style..

King Bao Dai memiliki 3 istana di Vietnam. Satu dah jadi hotel dan satu lagi restoran.




Entrance fee:15 000  dong *dah termasuk dalam pakej*


Taman di luar istana.

Kedai souvenir pun ada juga.. Tapi kami tak tengok pon..
Sebab diberi masa selama 30 minit je kat sini..(kalau tak salah ingat lah)


Bergambar di tepi palace.


Ada rules juga tau nak masuk sini..

Kena pakai sarung kaki..
Maybe sebab tak nak kotorkan kawasan sini..
Jimat kos nak mencuci hehe




Yang ni pon nak selfie kan ^^



Sekitar istana.


Besar kan?


Siap ada sesi pemakaian kostum diraja zaman dahulu..
Berapa entah kena bayar.. Macam tak berbaloi la aku rasa..



Kami pun nak cepat, jadi just tengok orang pakai jelah dan selfie dengan orang Vietnam kat situ..
Tapi gambar ada dalam DSLR Anis. T_T


Ni gambar bilik tidur putera-puteri King Bao Dai..

Cantik kan?


Sini pula tempat barangan antik/bersejarah kot






Gambar diambil dari bahagian atas istana..
Cantik dan sejuk je mata memandang..





Di luar istana..
Ada kedai menjual barang juga..
Tapi tak sure barang ape..
Malas nak gi tengok..

Komen aku : sebenarnya tak ada apa sangat pun di sini.. sekadar melawat je sebab termasuk dalam pakej, ala-ala muzium lah juga tempat ni...
Antara tempat yang bersejarah di Dalat, Vietnam.


Wajib snap gambar tour van korang..
Van sana lebih kurang sama je, kang tersalah naik van, susah pulak..



Perkenalkan, our tour guide, Hai namanya..
sangatlah peramah..

oklah, next kita ke..




Emergency Alert! Korang Wajib Ada 7 Mini Superhero Ini Bila Travel

Tips : Travel like a Boss !

You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

  1. bestnya jalan2.
    done follow sini #3075.

    jemput ke blog saya www.sitimunirah.com :)

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..