Travelog Vietnam - Day 2 # Part 1: Minh Huyen Hotel, Dalat

9:06 PM


Salam.. 

 sambungan dari sini.

Kami selamat sampai di Dalat dalam pukul 5 pagi waktu Vietnam.
Dalat di Vietnam lebih kurang macam Cameron Highland di Malaysia dari segi cuaca.
Bezanya, bangunan dan rumah-rumah di Dalat lagi cantik ala-ala rumah di Perancis.

Dari dalam bas, tak terasa sangat kesejukan cuaca di luar. Bila turun je dari bas, Ya Allah sejuknya sampai meresap ke tulang. Nasib baik dah bawa sweater, so pakai je lah time tu.
Tujuan kami sekarang adalah untuk ke hotel yang kami tempah siap-siap dari Duna Hotel malam tadi iaitu Minh Huyen Hotel

Malam tu masa di Seri Penang Restoran, dah google siap-siap macam mana lah rupanya tempat tu.
Yang bestnye, di Dalat mereka ada sediakan shuttle bus dari stesen bas untuk ke hotel/guesthouse yang korang tempah. 
Cuma tunjuk je alamat tempat yang korang nak pergi dan mereka akan hantar korang betul-betul depan pintu hotel/guesthouse korang.
Di sini, baik korang tunjuk alamat guna kertas, sebab sebutan korang sah-sah lah lain daripada mereka dan masalah lain adalah korang sendiri tak pandai nak sebut alamat tersebut *seperti yang terjadi kat aku*
Nasib baik agen di Duna Hotel tadi dah siap-siap tulis alamat bagi kat kami.

Tak sampai 30 minit kami menaiki shuttle bus, sampai lah kami di depan Hotel Minh Huyen tersebut.
Masa tu cuaca masih lagi gelap.
Cuak jugak kami takut owner guesthouse ni masih tidur.
Tapi disebabkan owner guesthouse ni kawan kepada agen kami di Duna Hotel, dan dia dah dimaklumkan kami akan sampai ke sini awal pagi, jadi dia dah siap sedia menunggu kami.

Kami terus masuk dan check in sekali bayar harga untuk 2 hari 1 malam di sini.
Harga setiap seorang ialah 110 000 VND ~ RM22

Aku rasa harga dia berbaloi ; tak terlampau mahal dan murah.



Minh Huyen Hotel, Dalat 


 Kami pilih bilik ni, ada 2 katil Queen..
Kami ambil sorang satu katil..Baru puas berbaring setelah semalaman di dalam sleeper bus.


TV pon disediakan. Kami tak buka pun sebab tak sempat nak layan TV

Meja kecil di tengah-tengah katil..


 Mula-mula kosong je.. Lepas tu...


Mineral water sorang satu.. Jimat duit di sini. Tak payah nak beli mineral water lagi.


 Lengkap.. Ada berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu, sikat rambut etc


Haa kan dah penuh meja ni..
Makanan yang dibawa dari Malaysia..


 Toilet luas dan bersih..




 Almari pun disediakan sekali..

Pandangan daripada tingkap di dalam bilik.

Wifi free di sini!
sangatlah laju, aku sempat lagi layan movie korea online.
Tak payah tunggu nak buffer..laju je..


Komen aku :

- selesa dan bersih
- lengkap (ada toiletries, towel, mineral water)
- Ada TV dan WIFI free
- Ada dapur ; boleh masak kalau nak, atau guna air panas

*sangat recommended*


Selesai mandi, kami turun ke bawah untuk makan..
Makan ape?
Mestilah meggi dan instant coffee.
Kat sini memang takde makanan halal, jadi tu jelah makanan kami di sana.

Siap je makan, kami akan melawat Dalat..
Tak sabarnya!


--next entry---


You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

  1. murahnya hotel yg korang stay. berbaloii lah, nis pi hari tu mahai sikit kot. :')

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..