Travelog Vietnam - Day 1 # Part 1

10:03 PM


Salam..

Maaf sebab lambat publish entri ke Vietnam baru-baru ni.. Kami pergi 2 bulan lepas.. Bergerak dari KLIA2 pada pukul 2.55 PM dan sampai ke Tan Son Nhat (TSN) Aiport, Vietnam pada pukul 3.55 PM.. Jarak perjalanan selama 2 jam.. Waktu di Vietnam lambat sejam dari Malaysia..
Lepas dah keluar imigresen, kami naik bas no 152 untuk ke pusat bandar.. Sebelum pergi, dah google siap-siap transport yang boleh digunakan dari airport. Sebab kami berdua je, baik naik bas je, lebih jimat daripada naik teksi.. Dah lah kalau nak naik teksi di sana kena berhati-hati sebab banyak teksi yang tak guna meter dan suka menipu * baca dari blog orang lain la*


 sempat lagi selfie dalam bas.
Bas di sana sama je macam di Malaysia..


Harga tiket bas : 5000 VND ~ RM1


Kami sampai di pusat bandar Ho Chi Minh (HCM) setelah setengah jam dalam bas. Jalan sangatlah jem, dan banyak giler motosikal. Scary giler tengok cara diorang sini memandu..

 Memang banyak motosikal kat sana..

Kami sampai situ, memang blur tak tau nak ke mana. Cuba tanya local kat situ, tapi language barrier pulak. Local sana tak pandai sangat cakap BI. Jadi kami pusing-pusing situ lebih kurang setengah jam jugak lah, baru lah sampai ke tempat untuk beli tiket bas.
Kami plan nak ke tempat lain lagi selain dari HCM, jadi kami plan untuk beli tiket siap-siap. Patutlah orang tak faham bila kami sebut bas, sebab orang sana sebut bas sebagai 'bat'..
Ok, time ni dapat la belajar satu perkataan dalam bahasa Vietnam.


Kami survey juga beberapa kedai travel agensi di situ dan akhirnya kami pilih travel agensi Duna Hotel..Sebabnya,

- tak larat nak berjalan jauh lagi
-agen dia sangatlah peramah

Kami siap merancang jadual/itinerary kami di Vietnam setelah lebih kurang setengah jam berbincang dengan travel agen tu.

Itinerary dan bajet seperti gambar dibawah :

 roughly macam ni lah..

Disebabkan kami nak ke dua tempat berlainan, jadi kami decide untuk tinggalkan luggage kami disitu sahaja. Kami tak dikenakan cas untuk simpan luggage sebab kami akan menginap di situ selepas balik dari Dalat dan Mui Ne.
Kami bayar siap-siap harga untuk semua tiket tersebut termasuk hotel selama 3 hari 2 malam di sana.. 

Lepas tu, kami singgah ke night market sekejap untuk mencari backpack sebelum menaiki sleeper bus untuk ke Dalat.
Masa tu baru pukul 7 malam, dan bas kami ke Dalat akan bergerak pada pukul 11 malam.. jadi kami ada masa untuk makan dan shopping di night market sementara menunggu..

Malam tu kami singgah makan di Seri Penang Restoran..  (next entry)

Boleh tahan sedap jugak lah makanan kat sini. Harga pulak dah tentulah boleh tahan mahal jugak.
Harga makanan kami lebih kurang dalam RM40++ (bayar guna RM, sebab tak banyak VND cash).

Lepas makan, sambung lagi cari backpack di night market.. Sambil berjalan tu, terserempak dengan penjual kopi susu vietnam yang famous tu..
Jadi apa lagi, mesti lah nak mencuba kan..


Harga boleh tahan.. RM3 satu..

memang sedap!

Tepat jam 11 malam kami bergerak untuk ke Dalat menggunakan sleeper bus.. Masa perjalanan ke sana dalam 6 jam. Jadi kami tidurlah sepanjang perjalanan ke sana..
 Lena jugak lah, dan memang tak terjaga langsung..
Bangun-bangun dah nak sampai..

sleeper bus. Kami di tingkat atas..



-bersambung next entri...


You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

  1. berapa harga agensi travel tu ye?

    ReplyDelete
  2. menariknya sleeper bus tu.. kiranya tak ramai orang eh boleh naik ? ada ruang tido semua ?
    bestnya ehehe..

    ReplyDelete
  3. senang juga yer kalau juga travel agen ni :) ...

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..