Beli Kopi Vietnam di Dalat

12:06 PM


Salam.. 

Untuk pengetahuan korang, Dalat merupakan daerah utama yang mengeluarkan kopi di Vietnam. Vietnam pula merupakan negara kedua yang menjadi pengeluar kopi di dunia selepas Brazil. 
Kebetulan kami ke Dalat hari tu, ada singgah sekejap di kedai menjual serbuk kopi keluaran Dalat.
Aku mula-mula fikir juga nak beli ke tak kopi ni. Dalam plan asal memang takde niat langsung nak beli kopi di Vietnam.
Tapi disebabkan aku rasa harga dia agak murah (sebab beli di kedai kopi di Dalat), jadi aku terus lah grab 5 bungkus kopi di sini.
Ada offer, kalau beli 5 bungkus akan dapat free 1 bungkus kopi lagi. Jadi aku share lah beli dengan Anis.


 
Total kopi Vietnam yang kami beli adalah 6 bungkus. 5 bungkus perisa mocha, sebungkus lagi perisa Arabika .

 Kopi Arabika - mereka cakap antara yang sedap


Kopi Moka. Aku beli banyak perisa ni sebab aku memang peminat mocha.


Siap dapat gift penapis kopi ni .



Tapi, bagus jugak lah aku beli di sini, sebab kalau tetiba nak beli di Saigon nanti. Rugilah jugak sebab harga dia mahal sikit dari biasa sebab diorang pun dapat stok di Dalat..

Tapi kannn...
Masa di Mui Ne tu, kami singgah di satu kedai kopi ni.
Dia ada jual juga serbuk kopi dan serbuk teh dan lain lain di situ.
Tujuan asal kami singgah kedai ni sebab nak minum kopi je (sebab harga dia murah) tapi tak sangka pula dia jual kopi dari ladang keluarga dia dari Dalat dan yang paling best harga dia sangat lah murah..

 Murah je kan. 12k Dong  (5k dong = rm1)



Disebabkan hanya kami je customer dia masa tu, jadi kami borak-borak lah sikit. 
Dia cerita dia dulu study di universiti di HCM dan dia ada belajar bahasa Rusia. Dan kedai tu asalnya abang dia yang jaga, tapi dia ambil alih sekarang.

 Kopi susu vietnam yang berharga 12 k dong. Kami siap dapat diskaun lagi (10k dong) sebab takde baki duit kecil.

Time tengah bersembang tu tetiba ada customer dari Rusia datang shopping kopi dan serbuk teh kat situ. Kagum sekejap kami tengok dia cakap Rusia.


 Antara kopi yang dijual di situ.. Banyak gila perisa yang ada. Tak ingat aku sebab banyak sangat.


 Kad kedai tersebut. 

Next time kalau singgah Mui Ne, boleh lah beli kopi di sini.. Lagi murah dari Dalat..




You Might Also Like

6 kata-kata yang comel~

  1. Macam best jer tengok kopinya tu πŸ˜‚πŸ˜‚ Eyda pun memang penggemar tegar segala jenis kopi 😊

    ReplyDelete
  2. luvak 2cam luwak plak..sama ka?

    ReplyDelete
  3. wah hebat,,sangat kopi arabica ni ..tahnia pasti sedap aroma..

    ReplyDelete
  4. sangat sedap kopi vitnam ni....

    jemput datang blog che amy http://doublehealhltyeshoppe.blogspot.my/

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..