Renew Passport di UTC Sabah

2:42 PM

Salam.. 

Just nak share/simpan pengalaman renew passport di Sabah ni..

-my 3rd passport-

Before ni biasa renew di KL je..
Nasib baik hari ni cuti, jadi sempat lah nak setelkan hal passport dan cuti nanti..

Tadi kelam kabut juga pergi sebab lupa nak ambil gambar passport siap-2.. Sekarang kan guna background putih, tapi yang aku ada cuma gambar background biru je..
So dengan yakin je aku pergi ke UTC Sabah dengan anggapan dekat sana ada lah kedai untuk ambil gambar.. Bila dah pergi tu, tanyalah di sana, ada tak kedai buat gambar..Rupa2nya takde .. Tapi nasib baik aku tanya orang tu, kalau nk buat passport kena tak ambil gambar dulu..
Dia cakap tak payah..Nanti diorang akan ambil gambar sekali.. Alhamdulillah, lega.. 
Yela kan, kalau takde kedai gambar, nak kena pergi cari kedai ambil gambar dulu, pastu nak kena pegi UTC lagi.. Dah lah area situ memang sangat 'jem'. 

Perkara penting yang perlu dibawa untuk buat passport di sana, cuma..
1) Bawak passport lama
2) Original IC
3) Pakai tudung hitam (bagi yang bertudung)
'
Tak payah nak bawak photostat IC ke..cuma bawa yang original je..setel..
 Sebab hari ni hari bekerja, jadi tak ramai lah yang datang sini..
Ambil nombor je, terus dipanggil ke kaunter.. 

 
Lepas tu, scan cap jari, ambil gambar, tak sampai 10 minit dah siap..
Kemudian, pergi buat bayaran di kaunter bayaran dan tunggu sejam untuk passport siap.

Harga Passport
  • # Permohonan biasa berumur 12 tahun hingga 59 tahun: RM200
  • # Pemohon warga emas iaitu 60 tahun ke atas: RM100
  • # Pemohon kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah: RM100
  • # Jemaah haji: RM100
  • # Pelajar yang mengikuti pengajian luar negara: RM100
  • # OKU: Percuma tiada bayaran 

 

Aku semestinya ambil untuk 5 tahun -RM200


sementara menunggu sejam berlalu aku pergi lah makan dulu.. Nak keluar dari UTC tu malaslah pulak.. Aku singgah makan kat bangunan sebelah tu je..Not bad lah rasa dia..Harga pulak biasalah harga di Sabah..



Nasi putih + 2 ketul ayam (kecil) + 2 ketul nugget = RM8



dan pekena Ice Blended Mocha .. Harga selepas GST Rm7.95.. mahal dowh..Murah lagi KL.. 

.......Sejam pun berlalu..

Pergi lah aku ke kaunter untuk mengambil passport baru ku..

Yeay.. Happy tengok expiry date dia..

Bye2 passport lama...


nanti nak kena pergi ke Pejabat Imigresen di  Likas pula untuk transfer cop yang dalam passport sebelum ni punya + dapatkan cop bekerja di Sabah..


k bye!

 

You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

  1. wahhh pasport smpai tahun 2020.. hehe. sekrg memang tak payah ambil gambar asing dah. tp gambar baru paspot hitam putih tak cantik.. nak yang color2.. huhu. tudung tak pakai color hitam pun boleh asalkan color terang or gelap. ari tu saya pakai color merah terang.. hehe

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..