Novel Kimchi Untuk Awak ! (Suri Ryana)

3:27 PM


Salam.. 

Hari tu pegi jalan-jalan di Popular.. Terasa nak beli satu novel..
Sejak kerja ni, memang takde masa langsung nak baca novel..Nak study pon tak sempat, macam mana nak baca novel..
Alhamdulillah, sekarang ni tengah bercuti jadi adalah sikit masa untuk berehat..Nak study untuk next posting (O&G) , tapi macam takde mood lagi..Jadi bila ternampak novel ni, terus nak beli..Tengok tajuk (Kimchi Untuk Awak !) dan nama penulis (Suri Ryana) terus grab novel ni tanpa baca sinopsis..Dapat agak yang jalan cerita novel ni mesti best..Tambahan pula, ada diskaun 20% dan kalau nak beli di Sabah nanti mahal la pulak, jadi terus aku beli..

So far, dah nak habis baca..Tinggal lagi berapa page je lagi..
Nak habiskan sebelum balik ke Sabah esok..hehe

Jalan cerita not bad lah, tak rugi beli..
dengar kata macam nak di 'drama'kan novel ni..
Jadi kalau korang belum baca, boleh lah beli sekarang..nanti kalau dah ada drama, takde lah tak tahu jalan cerita kan ! 



 HARGA SEMENANJUNG: RM29
HARGA SABAH SARAWAK: RM32

-Aku beli RM23 je ! ^^
 

SINOPSIS


 Mati-mati Bella ingat dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia. Huru-hara hidup pelajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lagi. Insiden dia terlangar seorang lelaki kacukan Melayu Korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau dalam hidupnya.

“Jang-nim!” - Danial Lee.

“Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!” - Bella.

Tak cukup dengan insiden itu, kak long pula memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan semakin berbelit apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin menyatukan Bella dan Danial Lee.

Satu insiden yang berlaku di kampung membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara tersalah sangka yang sengaja diadakan oleh Yoo Ri.

Akibat rasa rindu yang tidak tertanggung, Danial Lee menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula di bumi Korea Selatan. Dalam keasyikan mereka melayari bahtera rumah tangga, Yoo Ri dan Zara sentiasa mengganggu perkahwinan mereka. Dapatkah Danial Lee dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka? Dapatkah Zara merampas Danial daripada Bella?

“Mampukah hubungan yang masam dan pedas seperti kimchi jadi semanis cotton candy?”
 
 
-----





 
best kan! ok lah..

Nak kemas barang untuk balik semula ke Sabah esok..Cepat je masa berlalu T_T



You Might Also Like

4 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..