Nasi Kandar Zamruud

8:30 AM


Salam.. 

Dah namanya duduk Pulau Pinang, mestilah sinonim dengan kedai nasi kandar kan..
Nasi Kandar Zamruud ni antara kedai nasi kandar kegemaran aku juga lah..
Selain tu, ada lagi beberapa kedai nasi kandar yang lain..Aku ni bukannya penggemar nasi kandar sangat pun, tapi kadang-kadang tu teringin juga nak makan..

Raya ke-4 hari tu kami singgah makan kejap di Nasi Kandar Zamruud area Simpang Empat (dekat je dengan rumah aku).. Sebenarnya kedai nasi kandar ni ada beberapa cawangan juga..Tapi aku biasa makan kat sini je..
Masa tu tak banyak lagi kedai makan yang buka, jadi agak penuhlah kedai nasi kandar ni..


Kedai Nasi Kandar Zamruud yang aku singgah..
ramai kan orang?



 Antara lauk yang ada..
Orang ramai, segan pulak nak snap gambar..hehe


Nasi kandar yang aku makan..simple je..Nasi separuh pinggan, ayam goreng dengan sayur kobis goreng kunyit..
Harga Rm5.10 seingat aku..
Aku ambil nasi separuh je sebab kalau tak penuh pinggan, jenuh nak habiskan nanti..
Nasi separuh dia macam nasi sepinggan yang dimakan di kedai biasa..
 

 
 Maggi goreng mamak..Akak aku punya..



Ni mak aku..Mak aku makan roti canai kosong je..
-snap gambar ni tanpa pengetahuan mak aku..haha


Ni pulak adik aku, Din namanya..
Dia makan roti canai juga dengan seketul ayam goreng..
Dia lah yang drive..walaupun dia adik, tapi dia dah ada kereta sendiri dah..Kakak-kakak dia kerja pun belum..haha

semua baru habis study..sebut pasal kerja, aku tak lama lagi akan mula bekerja dah.. Hujung bulan Ogos ni induksi, insyaAllah..kemudian akan berangkat ke Sabah untuk buat houseman di sana..
sekarang macam-macam perasaan yang ada..Cemas, takut, lega, tak sabar..segalanya lah..
lega sebab dah hampir 4 bulan menunggu, baru ada khabar pasal kerja ni..
Tapi surat panggilan untuk induksi tak kunjung tiba lagi..Sabar jelah..

Eh, maaf..dah melalut tempat lain..
Sambung balik pasal nasi kandar tadi, bagi aku rasanya dia sedap lah..
tapi maggi goreng mamak tu biasa-biasa je bagi aku..hehe
Sebenarnya aku nak makan roti tisu pada mulanya, tapi bila dah masuk situ, tergoda pulak dengan nasi kandar..terus tukar plan makan nasi kandar pulak..lagipun time tu agak lapar jugalah..

Jadi, sebelum ke Sabah nanti, aku akan pastikan aku makan lagi nasi kandar ni lagi beberapa kali..
Nanti dah kat sana rindu lah pulak nak makan nasi kandar ni..
Lagipun nasi kandar kat negeri lain tak se'best' kat negeri sendiri..


 




 

You Might Also Like

7 kata-kata yang comel~

  1. wah..hrga nasi kndr dy kre ok... murahh

    ReplyDelete
  2. Jauhnya nak ke Sabah.. nanti makan makanan Penang bg ckup2 takut kempunan plak kt negeri orang..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    tumpang selera kat blog syu
    sedapnya makan2 kat sini ea
    selamat bekerja syu :)

    ReplyDelete
  4. tak pernah singgah lagi nasi kandar zamrud heee

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, rindunya makanan Malaysia T___T

    ReplyDelete
  6. Penang laksa juga jangan lupa.. ekekeke..

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..