4 hari tak update blog

9:37 PM


Salam.. 


Kalau korang perasan, dah 4 hari aku tak update blog..bukan sengaja tapi sebab aku takde kat rumah..
Aku ke KL & Shah Alam sejak rabu lepas..

Ni baru je sampai rumah aku di Penang..Aku ke KL sebab nak ke HUKM untuk mengambil sijil berhenti dan slip keputusan Peperiksaan Ikhtisas/Professional Exam bulan 4 lepas..
Slip keputusan ni dah boleh ambil sejak bulan 4 hari tu lagi tapi aku ingat nak ambil time konvo nanti tapi takut tak sempat pula..Ingatkan kena ambil sendiri dan kawan tak boleh ambilkan..rupanya boleh je mintak kawan ambilkan..

Tapi aku ke sana bukan niat nak ambil slip result je, sebenarnya aku nak jumpa bestfriends aku (Azie & Fatin) di sana sebelum mula bekerja nanti..Asalnya nak pergi 3 hari je, tapi terlebih satu hari..
Kami sempat juga berjalan pusing Shah Alam dan ke Bukit Tinggi,Pahang..InsyaAllah kalau sempat aku update entri pasal ni ye..



Walaupun 4 hari tak update blog, ada 38 komen yang ditinggalkan oleh blogger..trafik juga maintain..Alhamdulillah..
Terima kasih sebab sudi singgah blog ni..Nanti aku akan blogwalking ke blog korang pula..



p/s: lagi 9 hari sebelum mula bekerja.. T__T



You Might Also Like

9 kata-kata yang comel~

  1. Minggu depan ada sukan kt UKM.. huhuhu praktis pun xckup lagi nih..

    ReplyDelete
  2. leyla kalau bizi sangat sampai berhari hari tak layan blog . jom bw blog leyla

    ReplyDelete
  3. baru 4 hari
    kalau seminggu penat nk balas komen tu :)

    ReplyDelete
  4. nnt dtg la blogwalking rumah kite ye.... selamat mula berkerja.... :D

    ReplyDelete
  5. Dah start kerja?
    Pilih hospital mane?
    Erkkk.. Tak dapat imagine kepenatan as HO.
    All the best tau.

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..