Travelog Korea 2014 Day 3 : Nami Island Part 4

5:30 PM


Salam.. 


Masa akak dan kawan aku naik basikal, aku pusing-2 lagi Nami Island nie..Tapi dekat-2 jelah..berjalan ikut kaki ke mana nak pergi..







Ada seekor tupai di situ..nampak tak?









Ramai juga family yang datang sini..siap berpiknik lagi..cuaca dah la sejuk dan redup..memang sesuai sangat lah..





 suka gambar ni..nampak segar je..


 Gambar berhampiran surau..

Dah penat berjalan tu, aku singgah surau dulu untuk solat..lepas dah solat tu, aku turun bawah tengok akak aku dan Azie dok tunggu kat meja berhampiran situ..mesti risau sebab tak dapat contact aku..kat sini ada je wifi, jadi guna kakaotalk jelah untuk berhubung..

Sementara tunggu turn mereka berdua solat, aku pulak lepak kat meja ni sambil online..
Tiba-2 ada seorang ahjumma duduk kat kerusi depan meja aku..aku ingatkan nak buat ape, rupanya nak ambil gambar sekali..ahjumma tu diam je, jadi aku buat tak tau jelah..tapi bila lama sangat dia kat situ, aku pon pandang muka ahjumma tu dan dia tunjuk kamera kat aku..Ok, baru aku paham..
maybe sebab jarang jumpa orang bertudung..tu yang ahjumma tu excited nak ambil gambar dengan aku..haha

Dah siap solat semua, perut pon dah lapar jadi kami singgah makan di Eco Cafe..Eco Cafe ni dekat sangat dengan bangunan yang ada surau ni..yang penting Eco Cafe ada cop HALAL..

Tanda HALAL di luar Eco Cafe..


 Menu yang ada di sini..Tak banyak jenis..Ada dossirak (lunch box) dan pajeon (pancake)..


sesi meng'order' dan membayar


 Total 27 500 Won untuk 3 dosirak dan 1 pajeon..
Aku dan akak aku beli kimchi-tuna dosirak , Azie pulak beli kimchi-cheese dosirak..Kimchi pajeon (8000 Won) pulak kami kongsi bertiga..


 Dapur Eco Cafe



Eco Cafe bahagian dalam




 Bahagian luar Eco Cafe




 Kami pilih duduk di luar je, sejuk sikit..sambil makan boleh tengok orang jugak..
Masa ni tengah tunggu order sampai..perut dah lapar sangat..tak sabar nak makan..




Tak lama lepas tu, makanan pon sampai..

Siap ada gloves lagi..sebab dosirak ni panas dan kita kena goncang dulu sebelum makan tau..


 Pajeon kimchi..sedappp..

 Akak aku dah bersedia untuk goncang dosirak tu..


Azie pon..


Aku pon..





Jom goncang..



 Gambar dosirak sebelum digoncang..Ada telur goreng, kimchi dan tuna..


Setelah digoncang sekejap..masih tak bergaul dengan elok lagi..jadi teruskan mengoncang..



 Gambar selepas siap digoncang..nampak sedap tak?


 
 Jom makan !


 





Alhamdulillah, kenyang..



 Bagi aku, kimchi-tuna dosirak tu sedap jugak..tapi kimchi-cheese dosirak tu cepat muak..Aku rasa sikit yang Azie punya..sekali suap sedap..2 kali suap dah tak best, mula rasa muak..Tapi Azie terpaksa habiskan juga sebab membazir je kalau tak habiskan..



 bersambung..



 p/s: maaf ada gambar makanan time tengah puasa ni




You Might Also Like

7 kata-kata yang comel~

  1. seronok la dpt g korea.. hehe

    ReplyDelete
  2. Weee...best gilerrr la korang...hmmm..
    Takpe la...waktu bujang2 ni patut gi jenjalan merata-rata...
    Kalau dah jadi macam Nad ni..susah sikittt...
    hhehe...

    ReplyDelete
  3. best betul dia dapat berjalan2 ye. jemput singgah blog ye. www.kaio.my

    ReplyDelete
  4. baru tau itu dia rupa kimchi yang selalu dengar, nampak sodaplah...

    ReplyDelete
  5. bestnyaa dapat pgi korea kim salam kat artis kpop hihihi

    ReplyDelete
  6. Memang kene goncang ke lunchbox tu..hihi kalau saya mesti tak sabar..terus gaul m ngap hehe

    Tips Puasa

    ReplyDelete
  7. Waa.. first-first ingatkan makanan dia bentuk glove xD Baca description baru faham :3 Tengok pasrah tak.. hehe

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..