Smartphone Raya : Xiaomi Mi3

11:12 AM


Salam.. 

Haha..tajuk tak boleh blah kan..bukan tiap-2 tahun nak raya aku beli smartphone ye..Tapi tahun nie je..Rasa dah lama tak tukar phone dan aku guna Tablet Samsung sekarang..Jadi dah setahun lebih guna tablet, rasa rindu pulak nak guna phone yang kecik sikit..Tablet kan besar, susah nak bawak..

Jadi, barang yang ditunggu oleh posmen semalam ialah smartphone nie lah..
Xiaomi Mi 3.. 



Sebenarnya dah lama berkenan dekat phone nie sejak tahu kewujudan phone Xiaomi nie di facebook.. Setiap kali ada sales je, aku tengok..tak sampai 2 minit je habis dijual beribu-ribu phone..nampak sangat kefemesan phone ni sekarang..

Aku pernah sekali cuba untuk beli, tapi tak jadi..sebab duit dalam akaun bank tak cukup lagi plus aku malas nak berebut-rebut nak beli online..Duit dalam akaun paypal akak aku ada lah, tapi tak reti lah pulak nak guna..Jadi aku ingat tak jadi lah nak beli phone nie.. next time je..

Tapi haritu akak aku bagitau kat website lelong pon ada jual phone Xiaomi nie..Terus aku rasa semangat nak beli tu datang semula.. eh, sebenarnya satu lagi sebab aku tak jadi beli di website Xiaomi kerana phone yang dijual di situ hanyalah kaler silver/grey sahaja..

Jadi minggu lepas aku pon try lah order..dah tengok beberapa kedai dalam website lelong tu..Aku cuba whatsapp satu kedai tu, tapi stok takde pulak..Xiaomi Mi3 yang aku nak warna putih.. nampak cantik sikit..aku tak pernah guna phone kaler putih, takut cepat kotor.. Tapi aku tak putus asa lagi, cuba whatsapp satu lagi kedai di lelong..tunggu punya tunggu tak reply lah pulak..stress aku..jadi aku cari kedai lain di lelong dan whatsapp orang tu..Alhamdulillah, whatsapp aku berbalas dan katanya stok ada lagi..lega, bolehlah beli..

Khamis tu, pembayaran pon dibuat dan barang dipos hari Jumaat.. Maybe sebab barang tu dipos selepas Poslaju datang, jadi barang tu sampai lewat dekat aku iaitu semalam (Isnin)..


 Kotak smartphone Xiaomi Mi3.. kotak pon cantik bagi aku..haha


Bahagian depan Xiaomi Mi3



 Bahagian belakang Xiaomi Mi3


 Aksesori Xiaomi Mi3
Ada 2 je..usb cable dan plug


 Resit pembelian Xiaomi Mi3.. Rm822.90 termasuk postage..

Harga asal phone Xiaomi Mi3 : Rm739.90
add on : white colour & screen protector : Rm71.90
postage Rm12


 Kat sinilah aku beli (KLIK SINI)..servis ok..barang sampai dengan selamat dan semuanya dah siap diset..tinggal nak masukkan simkad je..


cuma..frust sikitlah..asalnya dia cakap ada free gift earphone..tapi tak dapat pon..huhu..tapi aku tak kisah pon..guna jelah earphone tablet lama..*ayat nak sedapkan hati*


sedikit Spesifikasi Xiaomi Mi3 untuk korang..

Full specs : KLIK SINI & SINI

So far, aku baru belek camera je..sebab gambar yang diambil oleh camera phone ni sangatlah cantik..13 MP kan..
benda lain aku tak sempat tengok lagi..nanti aku review gambar yang diambil ye.. 
dan satu lagi, aku suka phone ni sebab ianya ringan dan design dia simple & cantik..

Sekarang, misi mencari case untuk phone ni pulak..dah ada yang berkenan di hati..kalau jadi beli, aku update ye..




You Might Also Like

8 kata-kata yang comel~

  1. Wah..Orang tu ada smartphone raya...kiki

    ReplyDelete
  2. nk try jgk xiamomi ni
    nnti review btry die ok ke x ea
    hang x kot sbb RAM 2gb
    tgu review fon ni :)

    ReplyDelete
  3. hari tu beli kan jugak untuk ayah. memang berbaloi harga tu untuk spec xiao mi ni.

    ReplyDelete
  4. pewit hp baru...
    nanti share pengalaman pakai hp baru ni
    dulu pernah gak yumida pakai brand yg china buat
    sekali je..kualiti pic mmg bez..cuma masalah kat charger je..masalah nak repair coz xde spare part
    skrg pakai samsungguh..hihi

    ReplyDelete
  5. wahh..sudah angkat satu kahh..

    ReplyDelete
  6. terfikir nak beli mi3 ni gak. macam mana sekarang guna hp ni? ok tak? :)

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..