Ugly Alert Korean Drama

12:04 PM

Salam.. 

Nielah drama 100 ++ episode yang aku berjaya tengok..dalam entri sebelum nie aku ada tulis yang aku tengah tengok drama yang beratus-2 episodes tu..nielah dramanya --> Ugly Alert sebanyak 133 episodes..
terjumpa drama nie masa cari pasal Kang So Ra kot..tengok review orang semuanya cakap best, so teruslah tengok..rupa-2nya memang best..




Review

Mengisahkan 4 orang adik beradik iaitu Gong Joon Soo, Gong Jin Joo, Gong Hyun Suk &
Gong Na Ri ..Ayah Gong Joon Soo dan mak Gong Jin Joo & Gong Hyun Suk berkahwin lagi, jadi mereka jadi adik beradik tiri..Gong Jin Joo & Gong Hyun Suk tak sukakan Joon Soo dan ayah dia..Tapi mereka cuba juga ambil hati Jin Joo & Hyun Suk.. Na Ri nie anak daripada hasil perkahwinan kedua mak ayah mereka..Tak lama lepas tu mak & ayah masing-2 meninggal..Jadi Joon Soo sebagai anak sulung dengan rasa tanggungjawab berjanji nak jaga mereka semua dan tak nak hantar ke rumah anak yatim..beberapa tahun lepas tu, Hyun Suk secara tak sengaja terbunuh rakan sekolah dia & Joon Soo yang ada di tempat kejadian mengaku bersalah sebab tak nak Hyun Suk masuk penjara..dia sanggup berkorban demi adik beradik dia.. *sedih & terharu dekat part nie* Masa tu Hyun Suk tak tau pon sebenarnya dia yang terbunuh rakan sekolah dia tu dan dia menyalahkan Hyun Suk.. Jin Joo pon salahkan Joon Soo juga sebab sebelum nie Joon Soo berjanji nak bagi dia belajar ballet tapi sekarang dah masuk penjara.. Jadi sebagai anak kedua, Jin Joo yang menjaga 2 orang beradik yang lain.. Tapi hubungan mereka dah tak serapat macam dulu..Hyun Suk jadi pendiam dan Jin Joo jadi kakak yang garang.. 10 tahun kemudian, Joon Soo pon dilepaskan daripada penjara..lepas dah keluar penjara, dia pon pergilah ke rumah mereka bertiga tetapi dilayan dengan acuh tak acuh je *part nie pon sedih* ..Lepas tu dia berjanji takkan jumpa mereka lagi sebab tak nak mereka dianggap sebagai adik seorang pembunuh..lepas tu, dia cuba cari kerja tapi tak dapat..Joon Soo seorang yang jujur jadi semasa nak mintak kerja dia akan bagitau dia bekas banduan..jadi takde sape yang nak amik dia bekerja..Tak lama lepas tu dia terjumpa seorang ahjussi iaitu kawan lama dia dan mula mengikut dia bekerja sebagai 'penarik barang' di Dongdaemun.. Di situ dia terjumpa Na Do Hee (heroin), seorang owner kedai di sana..dia pon mula bekerja dan jadi rapat dengan Na Do Hee.. *part nie lawak & sweet*

then, banyak lagi yang berlaku..tak larat dah nak tulis..hehe

yang penting, drama nie best dan cuma ada seorang je yang jahat --> Lawyer Lee Han Seo ..dan watak tambahan lain yang best --> Kim Min Ju (seorang designer genius yang melatih Joon Soo) 


4 orang adik beradik..

dan yang besnye drama nie, setiap adik beradik nie ada partner masing-2..

Gong Joon Soo & Na Do Hee


Gong Jin Joo & Kang Chul Soo


Gong Hyun Suk & Shin Joo Young


couple yang kejap gaduh kejap baik..


Gong Na Ri & Lee Dong Woo


Overall, memang sangat best..walaupun banyak episode, tak bosan sangatlah drama nie..tak banyak pon yang aku skip..

nak tengok? klik sini --> Ugly Alert



Jom shopping di Reddelima

You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..