Travelog Korea 2014 Day 2, Part 4 : Myeongdong & Eomoni Jib

8:00 AM


Salam.. 



Dari Namdaemun Market, kami berjalan kaki ke Myeongdong..Aku tak ingat sangat jauh ke tak tapi jarak dia lepas jugak la beberapa subway station..tapi walaupun jalan jauh, kaki tak sakit pon..
masa tu dah tengahari, jadi perut pon dah lapar..kami plan nak makan di Eomoni Jib..Akak aku dah ada plan nak ke sana tapi still susah jugak tengok melalui fon..kat Myeongdong ni ada banyak tourist guide, jadi kami berhenti kejap dan tanya dengan diorang..macam biasa, diorang akan keluarkan map dan terangkan macam mana nak pergi ke destinasi yang kami tanya..





 Berpandukan map yang diberi oleh tourist guide, kami sampai juga di Eomoni Jib..ada banyak kedai sebaris dengan kedai Eomoni Jib tu, jadi agak confuse mana satu kedai dia..nasib baik masa kami tercari-2 ada pekerja dia yang bagitau situ adalah Eomoni Jib..macam tau-2 je kami tengah cari kedai dia..



masuk dalam kedai, tengok takdelah besar sangat dan tipikal kedai makan dalam drama Korea..kat dinding-2 kedai tu penuh dengan gambar tuan punya kedai bergambar dengan artis yang datang makan kat situ dan juga senarai artikel mengenai Eomoni Jib..Kira femes jugaklah kedai nie sebenarnya..



Menu yang kami order ialah Spicy Seafood Stew, satu-2nya makanan yang boleh dimakan di situ..kami tak payah susah-2 nak bagitau, dia dah dapat agak kami nak menu mana..sebab ramai jugak orang yang bertudung aka muslim pernah datang kedai dia..rasanya rakyat Malaysia la kot kebanyakannya..Akak aku tau pasal kedai nie bila dia google hari tu.. Spicy Seafood Stew kami pilih untuk 2 orang makan dengan harga 33 300 Won.. Kami 3 orang, jadi sorang bayar 11 100 Won lah..



 mula-2 dihidangkan side dish ataupon dipanggil banchan dalam bahasa koreanya..ada 4 jenis banchan di sini..
1) Tauge
2)tak ingat ape/ tak tau name
3)kimchi
4) Telur (ingatkan tofu lembik tu, tapi telur rupa-2nya)

tak lupa juga, sejag air kosong..




tak lama lepas tu datanglah hidangan utama, Spicy Seafood Stew..baru nak posing T__T




pekerja dia datang potong-2 sotong, sayur, clam, ketam etc..

 tengah tunggu masak..


sedapnyeeee..


dah boleh makan ke?


 tak sabar nak makan


dah siap, yeay boleh makan..


jom makan !



 Alhamdulillah, kenyang..

masa nak bayar tu, tuan punya kedai bagi name card kedai dan siap bagi air Vitagen sorang satu..baik sangat..
tapi kami tak suka sangat dengan pekerja dia..garang kot..ada sekali kami slowkan api, dia datang pastu kuatkan api sambil cakap 'wegereeee' maksudnye 'nape nie' lebih kurang macam tu la dalam nada marah..lepas tu kami tak berani kacau dah..haha


Overall, sedap jugaklah stew tu..tak pedas sangat..banchan terutama kimchi dia memang sedap..
jadi silalah makan di sini kalau korang datang ke Myeongdong, Korea nanti ye..



bersambung....

You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..