Temuduga Terbuka di UITM

8:00 AM

Salam..

Pagi ahad semalam aku teman akak aku ke Temuduga Terbuka di UITM Permatang Pauh, P.Pinang..Aku tak tau pon pasal benda nie,sabtu malam tu baru aku tau jadi aku pon nak ikut jugaklah..daripada dok sorang2 kat rumah, baik aku ikut je..



bila sampai sana, ramai jugak lah orang..semua tengah semangat nak cari kerja..banyak juga jawatan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat/kilang.. Akak aku pilih 2 syarikat je, yang ada kaitan dengan degree dia..bila dah siap pilih masuklah ke dalam dewan untuk ambil borang dan isi..ada jugaklah borang yang dah habis jadi kena ke booth dia terus.. Akak aku pilih management trainee di Narashima..dia mintak akak aku isi nama je dan akan panggil untuk temuduga pada hari lain..dia ingat aku nak mintak keja jugak, aku cakaplah tak..hehe..aku tengah menunggu surat panggilan je sekarang nie..



then akak aku isilah satu lagi borang yang dia pilih..aku tak ingat pulak syarikat mana..
yang nie pon sama, tarikh temuduga akan diberitahu kemudian..*aku ingatkan temuduga terbuka tu maksudnye temuduga pada hari yang sama..tapi aku tengok takde sape pon yang ditemuduga..pelik juga aku..ke aku yang salah faham..haha..bab2 nie memang aku seriously tak tau..*

Antara booth yang ada..


Tempat program diadakan - Dewan Besar.


then, dah balik rumah malam tu akak aku pon carilah kat google pasal 'Narashima Management Trainee' .. Terjumpa blog sis nie --> PENGALAMAN SEBAGAI MANAGEMENT TRAINEE...2 minggu cukup la.. 

 Tak sangka rupanya management trainee yang dimaksudkan tu adalah salesperson..jadi terus akak aku decide kalau diorang kol nanti tak nak pergi..nasib baik ada pak cik google..
kalau nak tau lebih lanjut pasal benda nie bacalah kat blog blogger tu ye..

---------------




Nie kali pertama aku ke UITM Permatang Pauh..masuk je sini, terus teringat HUKM..rindunye nak jadi student semula..terasa sangat bosan kat rumah tak tau nak buat ape..layan drama korea je kerjanye..nak cari kerja part time, tapi malas..sebab Dr aku pernah kata, time nielah korang nak cuti puas-2 dan duduk dekat dengan family..nanti dah mula kerja, takde masa nak berehat sangat..
Jadi aku sebagai student yang baik pon dengarlah cakap Dr aku..hehe



Jom shopping di Reddelima

You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..