Cerita Cinta Kita

9:42 PM


Salam.. 

Drama Cerita Cinta Kita dah mula ditayangkan semalam 4 Jun 2014 di TV3 pada pukul 9 malam..Total episode sebanyak 22 episode..




SINOPSIS 

Menyingkap kembali kisah Adam dan Salmah pada tahun 80an yang ditentang keluarga kerana perbezaan darjat. Keluarga Salmah menentang cinta mereka. Ibu bapa Salmah membawa  Salmah dari Teluk Intan  ke Kuala Lumpur dalam memisahkan mereka. Segala surat Adam yang dikirimkan pada Salmah disimpan ibu Salmah.
5 TAHUN BERLALU, Salmah ingatkan Adam telah melupakannya kerana dia tidak menerima sebarang khabar berita.Dia dijodohkan dengan Dr.Khairuddin. Ibu Salmah lega kerana berjaya buat Salmah melupakan Adam dengan perkahwinan itu. Adam bekerja keras membeli rumah pusaka milik Salmah. Suatu hari,Salmah menjumpai surat Adam. Fahamlah dia mengapa Adam tidak menghubunginya selama ini. Adam menjual rumah pusaka itu.Tanpa disedari pembelinya adalah Salmah dan Dr.Khairuddin. Kisah percintaan Salmah dengan Adam terbongkar dan ini menimbulkan pertelingkahan antara Salmah dan suami dalam kereta ketika mereka pulang.
Salmah koma dan Dr.Khairuddin meninggal dunia. Rupa-rupanya Khairuddin pernah berkahwin dengan Rokiah dan mereka mempunyai dua anak. Adam membuat keputusan menjaga Salmah dan sanggup berulang alik dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur.Ingatan Salmah semakin hari semakin merosot. Adam terpaksa menceritakan kembali kisah mereka agar dia dapat mengingati kembali. Berjayakah Adam?


PELAKON

 Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Dazrin Kamarudin, Almy Nadia, Ika Nabila, Erry Putra, Liza Abdullah, Dilla Ahmad, Razak Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Arash Mohd dan Sherlie Merlis.


LAGU TEMA/OST


1) Mafarikha - Tolong



Jom shopping di Reddelima

You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..