Cerekarama TV3 : Beruk Tok Ayah

8:58 PM

Salam.. 

 Cerekarama TV3 14 Jun 2014 bertajuk  Beruk Tok Ayah..




SINOPSIS 

Mengisahkan Tok Ayah ( Wan Hanafi Su) yang hidup keseorangan selepas kematian isterinya. Beliau ditemani beruk kesayangannya yang digelar Comel. Comel dijadikan punca pendapatan mengambil upah memetik kelapa. Tok Ayah mempunyai anak bernama Hisham (Zamarul Hisham) sudah berkahwin dengan Junaidah (Intan Ladyana) yang leka berjudi laga ayam. Dia cukup benci kepada Comel yang dianggapnya sebagai sial dan menjadi punca kematian ibunya serta punca Tok Ayah enggan menjual tanah pusaka. 

Selain mengambil upah memetik kelapa Tok Ayah juga mengajar Dikir Barat dalam masa yang sama dimusuh Jusoh (Azhan Rani) seorang pengusaha persembahan dikir barat yang membawa imej moden. Jusoh juga memusuhi Hisyam yang telah merampas Junaidah, bekas kekasihnya. 

Namun Tok Ayah gembira apabila hidupnya dijaga baik oleh anak angkatnya Syukor (Syafie Naswip) dan kekasihnya Lia (Keena Mentor). Keadaan menjadi lebih teruk apabila Comel dibunuh. Siapa yang membunuhnya?


PELAKON

Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham,Intan Ladyana, Shafee Naswip, Azhan Rani dan Keena Mentor.





You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..