Travelog Korea 2014 Day 2, Part 1 : Seoul Station & Lotte Mart

5:00 PM

Salam.. 

Jom sambung baca Travelog Korea 2014 aku..

Hari kedua...

Pagi nie agak terlewat bangun..dalam pukul 9 pagi macam tu..plan asalnya nak ke Everland, tapi dah bangun lambat takut nanti terlewat sampai pulak ke sana..rugi tak dapat main banyak permainan nanti..Jadi kami tukar plan nak pergi shopping jelah dulu hari kedua nie..nak ke Nami Island pun dah macam terlambat sebab nak ke sana dari Hongdae memakan masa dalam 2 jam jugaklah..Kami plan nak pergi shopping di Namdaemun, Kwangjang Market, Myeongdong dan juga Dongdaemun..tapi tak semua tempat yang kami plan nie jadi pergi..hehe

Pagi tu, lepas dah bersiap kami pun turun untuk breakfast kat bawah..Waktu breakfast kat guesthouse nie bermula dari pukul 7 pagi- 10.30 pagi..nasib baiklah belum habis waktu breakfast..kalau tak melepas laa nak makan free...ok, nielah breakfast yang disediakan..setiap hari menu yang sama..
Roti bakar, planta, jem strawberry, telur rebus, instant coffee, black coffee, jus oren..
Alhamdulillah, kenyang makan breakfast pagi tu..adalah jugak tenaga nak berjalan sepanjang hari nanti..


Makanan yg disediakan..



Jom makan!


makan sambil tengok drama korea..adalah jugak paham sikit-2..



Hongdae Station..nasib baik ada escalator..

Dari guesthouse, kami pon bergerak ke Hongdae Station..Plan nak ke Seoul Station dulu untuk beli tiket KTX ke Busan pada 4 Mei 2104..On the way nak ke platform tu, ada information counter..Jadi kami berhenti kejap dan tanyalah macam mana nak ke Kwangjang Market..Orang tu pon bukalah peta subway Seoul dan tunjuk mana yang kami patut pergi.. Kalau dari Hongdae Station nie kena tukar station sebelum ke Eujiro-saga station..Dari station tu kami boleh jalan ke Kwangjang Market, dah dekat sangat pun..



Bergambar sekejap sambil menunggu AREX..



Lepas dah tanya tu, kami bergerak ke Seoul Station dari Hongdae Station menggunakan AREX..Besar juga Seoul Station nie, rasa macam KL Sentral bila masuk ke situ..

 Seoul Station..


 Ternampak dah kaunter tiket KTX..


Nasib baik tak ramai orang..



 Posing dulu sebelum beli tiket..^^



Lepas dah jumpa tempat nak beli tiket KTX, kami pon belilah tiket KTX ke Busan dengan harga 54 400 W setiap seorang..agak mahal jugak sebenarnya..tapi dah teringin nak naik KTX di Korea, beli jelah kan..bila lagi nak naik KTX nie..


 Tiket KTX ke Busan..


Lepas dah beli tu, jalan-2 kat dalam Seoul Station tu, ternampak signboard Lotte Mart..Bila nampak je perkataan Lotte tu, terus teringat Pepero..Jadi kami pon singgah kejap ke Lotte Mart dan shopping sikit..Aku beli Pepero dan lotion tangan..akak aku dan kawan aku juga beli lotion dan beberapa barang lain..kami jugak beli banana milk secara borong..satu plastik ada 5 botol banana milk dengan harga .4 220 W.. Kami beli sebab lagi murah daripada beli satu-satu..jimatlah beberapa ratus Won kat situ..hehe





 Kami beli yang nie..ada perisa banana, strawberry dan light banana (yang warna putih tu)


Sebenarnya, Lotte Mart nie terletak di luar Seoul Station..kena keluar dulu dari Seoul Station dan belok kiri..mula-2 cari tu tak jumpa, pastu  nak give up dah pergi..masa nak masuk semula ke dalam station tu baru ternampak bangunan Lotte Mart..terus excited nak masuk..


Depan Seoul Station..penat berlegar-legar mencari Lotte Mart..



 Masa nak masuk semula ke Seoul Station, terpandang Lotte Mart..happy jer berjalan ke sana..


 Antara produk yang dijual di Lotte Mart..tengok jelah, nak beli tak boleh..nanti bajet lari..


 Dah siap bayar, ternampak kotak-2 nie..ingatkan nak buat apa..rupa-rupanya diorang kat sana tak guna plastik..bila beli barang diorang akan pack guna kotak nie..memang bagus..

Nielah pepero yang aku beli..sedapp..



 dan jugak lotion tangan...1000 W..murah jer..




oklah..sampai sini je entri kali nie..next entri, next destination..bye!

You Might Also Like

8 kata-kata yang comel~

  1. Bagus betul dorang tak guna plastik. jaga alam sungguh. Bilalah dapat jejak kaki kat sini. Sob!

    ReplyDelete
  2. saya masih terkial kial mnabung nak ke korea..
    hihi seronoknya da smpai :D

    ReplyDelete
  3. Semakin ramai yang telah melancong ke Korea. Harap akan ada peluang ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  4. Bestnyer Syu jenjalan ke Korea :)

    Banana Milk tu femes betol.

    ReplyDelete
  5. Mm.... cari part day 1, nak mula dari awal, coz hujung tahun ni insyaAllah nak ke sana jugak

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..