Travelog Korea 2014 : Day 1

2:15 PM


Salam.. 

Jom sambung baca entri Travelog Korea 2014..

Disebabkan flight kami ke Korea adalah pada awal pagi (8 pagi), jadi kami plan ke airport malam sebelum berlepas ke Korea dan bermalam di airport..kami tidur di surau malam tu..tidur pon tak lena sangat sebab asyik terjaga je..orang keluar masuk surau dan pintu tu dah rosak so bunyi macam dihempas je..sakit hati jugak sebab asyik terjaga, tapi redha jelah dah menumpang tidur kat sana..

pagi tu terjaga dalam pukul 5.. bangun dan self check in..semalam tu nak wat self check in tapi tak boleh sebab ada sorang lagi kawan aku yang belum datang jadi takde pasport..pagi tu masa nak check in terkejut tengok ramai gilerr orang..tapi nasib baik kejap je walaupun ramai..legaaa...
lepas dah siap check in tu kami terus breakfast kat Old Town White Coffee sambil tunggu masuk Subuh..lepas tu kami gilir-2 pergi solat..lepas dah siap makan dan solat kami pon pergilah check in luggage..proses nie lama jugaklah sebab ramai orang..

 
kemudian macam biasalah, nak boarding..sempat lagi ambil gambar..hehe



bergambar lagi dalam flight..


Dari kiri: Azie, aku, Bell ..   next picture, aku lagi dan akak aku..




Alhamdulillah, selamat sampai ke Incheon International Airport, Korea pada pukul 3.30 petang waktu Korea.. Lepas tu,ambil luggage.. kemudian, teman kawan aku keluarkan duit di Hana Bank..duit yang ditukar kat Malaysia hari tu tak cukup, jadi alang-2 dah jumpa international ATM, baik keluarkan duit terus..aku tak tau pulak currency bank tu dari RM ke Won..



lepas tu kami ke information counter dekat airport tu..nasib baik pekerja kat situ boleh cakap english..so kami tanya la macam mana dari airport nak ke Hongik University (Hongdae), dan kat mana nak naik subway..orang tu pun keluarkan lah map subway dan tunjuk kat kitorang..dia siap tanya lagi kitorang nie student ke, dia cakap dalam bahasa korea (hak saeng = student).. nasib baik faham dan kitorang pon iyakan je..nak explain takut tak faham pulak..dia ingat kitorang student maybe sebab kitorang nak naik subway ke Hongdae..padahal kitorang nak pergi guesthouse kat situ..hehe

alang-2 kat airport, ternampak 7E.. 7E kot tak salah aku..kat Korea banyak sangat convenience store so tak tau yang mana satu aku pergi haritu..kami ke sana untuk beli T-Money..harga T-Money nie   2500 Won..kami siap reload 30 000 Won setiap sorang..baik reload banyak terus sebab pengangkutan utama kami nanti subway..ternampak banana milk, tapi tahan dulu..nanti baru beli..kalau tak berat nak angkut beg nanti..ok, dari kedai tu kami pon teruslah gi cari AREX dan naik sampai ke Hongdae..Tambang AREX dari airport ke Hongdae = 3850 Won..
 

sampai je ke Hongdae station, kami ke Exit 3 untuk ke guesthouse yang kami book sebelum nie..
bila dah keluar dari Hongdae station tu, baru terasa kesejukan yang teramat sangat..dahlah time tu tengah hujan..sejuk tak boleh tahan jugaklah..
kami siap bukak luggage lagi nak amik jacket punya pasal..lepas dah pakai jacket baru boleh mencari guesthouse dengan tenang..Alhamdulillah, mudah jugaklah nak cari guesthouse tu based on map yang diberi dalam website..jarak dalam 10 minit perjalanan dari Hongdae Station ke guesthouse tu..




Ok, nielah guesthouse yang kami stay..  FAMILY & FRIEND HOUSE..

 Kami amik Deluxe Twin Room..untuk 3 orang..


Owner dia (Lynette) sangat peramah dan fasih english so senang nak berkomunikasi..Untuk guesthouse, kami bayar 132 000 W untuk 7D 6N setiap seorang..siap termasuk dengan breakfast sekali..boleh jimat duit breakfast..




Banana milk yang femes..Harga : 1300 Won

lepas dah check in semua, minum banana milk dan makan megi..malam tu ke Hongdae pulak..kami ikut exit 9 sebab nak try cari Trick Eye Museum..tapi time tu dah tutup..kami just jalan-2 pusing Hongdae time malam..disebabkan time tu hujan, jadi takdelah street performance..takpe, next time ada lagi..




Ok, setakat ini sahaja untuk Day 1.. nantikan entri seterusnyaa ^^



Travelog Korea 2014 (28 April-8 May)

 

 

You Might Also Like

5 kata-kata yang comel~

  1. seronoknya syuhada pergi melancong ke Korea. ciklaili dapat baca pengalaman biras semasa pertukaran pelajar. rasa macam nak ke sana juga.

    tak sabar nak baca entri seterusnya..

    ReplyDelete
  2. xsabaq nk bca entry strusnya..hehe..

    ReplyDelete
  3. wah.. bestnyeee..
    dah pergi ke korea.. tapi exchange 2 minggu je.. nk jalan2 pon tak sempat mane..
    best kalau bleh gi backpack

    ReplyDelete
  4. wah.. awesome. backpacking mmg awesome habis la sis.. :D

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..