Golden Rainbow/ Gold Rainbow (Korean Drama)

9:09 PM


Salam.. 

Dah lama aku tak cerita pasal drama korea kan..bukannye aku tak tengok, tengok je tapi takde masa aka malas nak update..haha

biasanya aku suka tengok drama korea yang 16/20 episode je..paling banyak pon dalam 34 episode macam tu..aku memang tak pernah layan drama korea yang banyak episode ie: 50 episode ke atas..

Tapi lepas dah terjebak tengok drama Lee Soon Shin haritu, aku rasa takdelah bosan sangat drama yang berpuluh-2 episode nie..cuma ada la certain part yang aku skip jugak..part yang aku rasa tak penting (bukan part hero-heroin)..haha..

sebab dah habis Pro Exam, result pon dah keluar dan Alhamdulillah..aku pon dah tamatlah pengajian selama 5 tahun di UKM..lama kot, 5 tahun tu..bila dah habis tu, rasa blurr dan kosong..tak tau nak buat ape..jadi aku teruskanlah hobi aku -> tengok drama /movies (korea especially) dan jugak baca novel..disebabkan time tengah belajar pon aku layan drama korea jugak, jadi bila dah habis nie takde pulak drama korea yang boleh ditengok..aku pon carilah drama korea yang dah habis pastu terjumpalah drama korea nie --> Golden Rainbow..





bila tengok episodenye takdelah banyak sangat, 41 episode jer..lepas tu tengok pulak watak hero dan heroin dia..Ok, boleh tahan..lepas tu buka website gooddrama, cari episode last dan baca komen viewers kat bawah video tu..semuanya komen good ending, happy ending etc etc..
so, teruslah aku mulakan operasi mendownload dan menonton drama korea nie..
setakat nie baru tengk episode 19..lagi 20++ episode to go..so far best je..kalau part bosan tu fast forward jelah..haha

Ok, cerita nie berkisahkan 7 orang anak yatim yang dijaga oleh seorang lelaki yang sangat berhati mulia Kim Han Joo..Mulanya dia terjumpa 2 orang budak yang baru je kehilangan nenek dan takde tempat bergantung..2 budak nie taknak pergi ke rumah anak yatim dan dengan comelnye memujuk si Kim Han Joo untuk menjaga diorang..disebabkan Kim Han Joo sangatlah baik hati dan dia jugak dibesarkan di rumah anak yatim, dia tak sanggup nak biarkan diorang dan buat keputusan untuk jaga diorang..
Nama diorang Man Won dan jugak Baek Won..

Lepas tu, diorang semakin membesar dan beberapa tahun lepas tu, dia dah ada 6 orang anak angkat..Nama diorang Yeol Won, Sib Won, Il Won dan last sekali Young Won..terharu kot tengok kisah diorang..tengok beberapa episode awal bengkak mata aku sebab nangis..terharu sangat..tak sangka emo jugak aku bila tengok drama korea nie..




Tak lama lepas tu, tambah lagi sorang anak angkat..nie anak angkat yang terakhir dan diberi nama Chun Won.. Nama diorang semua nie berdasarkan duit di korea yang dalam bentuk Won..





Dan selepas tu bermacam-2 konflik yang berlaku..Il Won meninggal dunia, Young Won terpisah dan Chun Won larikan diri..last sekali tinggal 4 orang je..semua nie jadi lepas bapak diorang masuk penjara..sebab bapak diorang nie masuk penjara panjang sangat dan agak komplikated jadi kalau nak tau tengoklah sendiri..

nampaknya setakat nie jelah entri kali nie..tetiba thought block..


Heroin: 5 tahun/ 15 tahun/ 29 tahun kot








Masa kecik



Masa besar.
Dari kiri : Cha Ye Ryun as Kim Cheon Won [1000 won] , Jung Il Woo as Do Young, Uee as Kim Baek Won [100 won], Lee Jae Yoon as Kim Man Won [10000 won]


Watak yang paling aku suka : Hero - sangat periang dan suka buat lawak..

Watak yang paling tak suka : Keluarga kawan baik bapa heroin


Part ni sangat terharu..





Last sekali, watak paling penting - bapak diorang..
 



Bye !



Jom shopping di Reddelima

You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

  1. Bagusla shu ni..hahha..nanti anak dpt mcm korea

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..