Dah try Golden Wrap Chicken KFC

3:38 PM


Salam.. 

Malam khamis hari tu pergi ke AEON Big berdekatan dengan rumah..Pergi bertiga je..kami adik beradik..mak tak larat nak jalan sebab tak berapa nak sihat..ayah pulak tengah kerja..
Pastu bershoppinglah kami 3 beradik di sana..nasib baik adik aku dah dapat lesen kereta, jadi nak ke mana-2 pon senang je..selalunya kena ajak ayah aku la..sebab aku dan akak aku takde lesen kereta lagi..aku dah amik haritu, tapi sampai lesen L je..lepas tu terus tak sambung sebab takde masa dan tak ingat dah nama cikgu aku..so burn macam tu jelah..huhu..
nanti lepas Professional Exam memang kena amik lah..kalau tak, nanti susah lah kalau takde lesen..

dah habis shopping tu teringat nak cuba ayam KFC yang baru tu --> Golden Wrap Chicken KFC..nampak kat iklan TV sangat menyelerakan..jadi kenalah cuba jugak sebab tahun nie macam dah improved sikit..dulu diorang cakap tak berbaloi sebab sikit sangat..haa, tahun nie dia bagi 2 ketul ayam pulak..

Then dah sampai kat KFC tu ramailah pulak orang..bila sampai giliran, rupanya kena tunggu 25 minit untuk Golden Wrap Chicken KFC tu siap..alang-alang dah sampai tunggu jelah kan..nanti bukan nak ada lagi menu nie..

masa menunggu tu staff KFC kat situ bagi air free pulak..tapi bekas kecik jelah..terkejut jugak aku, tak tau selama nie ada servis camni pulak..hehe




tunggu punya tunggu akhirnya siaplah Golden Wrap Chicken KFC kami tu..apalagi terus balik rumah dah makan..anyway aku beli set combo yang nie..Rm39.90..tak termasuk tax..



Jom tengok gambar..



Belum bukak lagi nie..susah jugak nak buka..so main koyak jelah..haha



  Ok, dah buka..nampak sedap jugak..


Zoom sikit lagi..

Rasa dia boleh tahan la..sedap jugak..tapi cendawan dia tak berapa banyak..kan ada 2 set ayam nie..satu set yang kat atas tu..satu lagi tak amik gambar la pulak..yang tu lagi takde cendawan, ada berapa jer..
tapi aku still puas hati jugak..rasa dia sedap lah jugak..


 Ayam goreng spicy..ada 5 ketul semuanya..



So, korang yang belum cuba..silalah cuba..selagi menu nie masih ada..hehe




You Might Also Like

6 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..