Sinopsis Drama Aku Ada Wali

11:37 AM

Salam.. 

Just nak share sinopsis satu drama bertajuk Aku Ada Wali ..Dengar kata drama nie dilakonkan di Korea..macam best jer..Drama nie ditayangkan di TV Alhijrah pada setiap hari Selasa pukul 10 malam..Total episode sebanyak 13 episode..




SINOPSIS

Aku Ada Wali berkisarkan mengenai cara mengurus cinta yang tiba belum pada masanya. Ia juga berkisarkan mengenai persahabatan dan kekeluargaan. Seorang gadis yang baik dalam persahabatan sentiasa membimbing, menyelesaikan masalah dan mengambil berat perihal kawan. Rakan-rakan bukan Muslim juga sangat menyenanginya.

Gadis yang dimaksudkan ialah Khazinatul Asrar yang juga pemimpin pelajar yang rutinnya sangat sibuk dengan pelajaran, program persatuan, usrah dan sukan. Dia meletakkan prioriti di alam kampus untuk fokus mencintai Allah. Cinta Agung itu menjadi sumber penggerak untuknya bermotivasi tinggi mencintai ilmu, menggilap kepimpinan diri dan memimpin warga kampus.

Dia menjadi kegilaan rakan sekelasnya, Tsabit kacukan Libya-Melayu yang mencuba memikatnya dengan pelbagai taktik. Namun Khazinatul Asrar berjaya menolaknya. Dia juga disukai seorang pelajar perubatan, Mukhlisin. Jejaka ini menggunakan Hijriah, rakan sebilik Khazinatul Asrar untuk menghantar nota misteri kepadanya.

Bagaimanapun, Khazinatul Asrar tidak memberi peluang kepada lelaki itu untuk berkawan dengannya. Asraf, keluarga angkat gadis ini pula sering menghantar surat dari Turki tetapi sampai ke tangan Hijriah. Surat itu dibalas Hijiriah kerana dia tidak mahu sesiapa menjadi penghalang antara Khazinatul Asrar dengan Mukhlisin.

Khazinatul Asrar juga diuji dengan tingkah laku Hijriah, namun tanpa rasa jemu dan bosan, dia membimbing Hijriah supaya kembali ke pangkal jalan.



PELAKON

 Siti Saleha, Shawal Ruslan, Aida Jebat, Zahiril Adzim, Zoey Rahman, Sabhi Sadhi, Kathy Azian, Puteri Chi Chi

 



Betullah diorang berlakon kat Korea..



FULL EPISODE

Aku Ada Wali Episode 3



 Aku download dulu drama nie..free-2 nanti baru tengok..


You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

  1. Menarik juga pada sinopsisnya... x tngok pun lgi..hihi

    ReplyDelete
  2. hari ni terlepas tengok sebab ada hal lain

    ReplyDelete
  3. bukan ke nama heroin Syumaila?

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..