Sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta

7:47 PM



Salam..

 



 Mulai 9 Disember 2013. Nelydia dan Sharnaaz Ahmad  akan berlakon dalam adaptasi novel bertajuk Bukan Aku tak Cinta. Drama bersiri 60 episode ini akan ditayangkan di Mustika HD 



SINOPSIS


Tengok cover nampak citer ganas kan, tapi sebenarnya citer ni sweet sangat. Lain daripada lain. Selalunya novel kahwin paksa kan,tapi kali ni kahwin secara sukarela. Heroin yang suka pada si hero,hingga sanggup lakukan apa sahaja. Begitulah cinta Mastura pada ziyad.Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam,kau nak terjun?"

" Untuk buktikan cinta Mas kat abang,terjun kolam pun Mas sanggup.Okey!Mas terjun!Tapi untuk pengetahuan abang...Mas tak tahu berenang!"
Mastura!!!!"
JEBAT!

Seorang lelaki yang katarsis berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrah hanya untuk menuntut ilmu dan melupakan kisah silam.

Sifatnya yang tenang,rajin,baik hati telah menarik perhatian Mastura,adik ipar kepada Majikannya Uwais.Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga dia jadi rimas dan lemas.Walau berkali-kali ditolak,Mastura tidak berputus asa. Dia tidak menyangka gadis secantik,kaya seperti Mastura terpaut padanya.Mereka umpama The Beauty dan The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun,mampukah rumah tangga yang dibina dapat bertahan bila sejarah hitam lelaki itu terbongkar iaitu Jebat adalah bekas ketua kumpulan gangster?







PELAKON

 
Nelydia senrose-Hannah Mastura
Sharnaaz Ahmad- Jebat Foo
Iqram Dinzly- 
Jalaludin Hassan
Lisdawati.



Jom shopping di Reddelima


You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..