Sinopsis Dia Yang Terpilih TV9

2:28 PM



Salam..





SINOPSIS


 Dia Yang Terpilih menceritakan tentang Nur Hikmah, lakonan Puteri Chi Chi yang sering didera oleh Pak Ngah (Azhan Rani), Mak Ngah (Faezah Elai) dan Mak Su (Izreen Azminda) kerana bencikan kehadirannya. Kebencian ini mungkin disebabkan Nur Hikmah merupakan anak luar nikah akibat keterlanjuran ibunya. Walaupun dia sering dicaci dan dibenci, namun neneknya (lakonan Ku Faridah) tetap menjaga cucunya itu dengan penuh kasih sayang.

Malang sungguh nasib Nur apabila ibunya sendiri tidak mengaku Nur sebagai anak kandungnya di hadapan suami baru lantas menghalau Nur dan nenek supaya tidak menjejakkan kaki ke rumahnya lagi. Nur yang dahagakan kasih sayang telah mengugut untuk bunuh diri kerana tidak merasa disayangi lagi. Namun begitu, hasratnya terbatal mengenangkan jasa neneknya yang telah bersusah-payah membesarkannya.

Cikgu Haiman (Shah Iskandar) iaitu guru kelas Nur seorang guru yang amat prihatin dan sentiasa mengambil berat hal ehwal pelajarnya berasa curiga dengan sikap Nur yang selalu berdiam diri dan menyendiri. Jasa baik dan sikap prihatin Cikgu Haiman telah disalah erti oleh Nur. Nur mula menyukai Cikgu Haiman, namun perasaan itu ditolak dengan baik oleh Cikgu Haiman yang menyayangi dan prihatin terhadap semua pelajarnya. Kejadian itu telah sekali lagi menyebabkan Nur berasa kecewa dan tidak disayangi.

Apakah kesudahan bagi Nur dan Neneknya? Adakah Nur akan Berjaya melepaskan dirinya daripada kerunsingan hidupnya?

PELAKON

  Puteri Chi Chi, Faezah Elai, Azhan Rani, Izreen Azminda, Ku Fridah Ku Shafie



DOWNLOAD

-




Nak 15 sen ? klik sini


You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

  1. PROMOSI SHAWLS HALFMOON LAYER GLITTER + CHIFFON RM25 ONLY
    http://eira-shamiera.blogspot.com/2013/11/shawls-halfmoon-2-layer-rm2500-only.html

    ReplyDelete
  2. mmg best citer ni.. byk pengajaran... tak rugi tgk..

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..