Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita

5:31 PM


Salam..

Cervical cancer atau kanser pangkal rahim merupakan cancer yang ketiga terbanyak di kalangan wanita tau..salah satu penyebab cancer nie adalah HPV (Human Papilloma Virus)..sebab tu selepas bersalin, setiap wanita digalakkan melakukan satu screening test iaitu Pap Smear..pernah dengar tak pasal Pap Smear nie? wanita yang pernah bersalin mesti pernah dengar punya kan..dan kalau keputusan tu normal, test perlu dibuat lagi sekali pada tahun depan dan kalau masih normal lagi, test nie perlu diulang 3 tahun sekali..
dan kalau result abnormal, jangan panik sangat..test selanjutkan akan dibuat dan seterusnya..




dan ada berita baik untuk wanita semua..satu Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita telah diadakan di beberapa tempat dan tempat selanjutnya :

Kolej Universiti Taylor @ Syopz                           - 2 OKTOBER 2013
Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman(Pintu 1 )     - 9 OKTOBER 2013
Universiti Putra Malaysia(Bukit Ekspo)   - 26 OKTOBER 2013
Pasaraya 1 Borneo                                              - 12 NOVEMBER 2013
Universiti Malaysia Sarawak                                - 14 NOVEMBER 2013


Program Vaksinasi akan diadakan di Bukit Ekspo,UPM. Program ini akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
 


Peluang yang menarik untuk mahasiswa UPM,SERDANG!!  
Bagi mahasiswa yang dapat menyelesaikan semua dos vaksin iaitu 3 dos..Anda akan berpeluang untuk mendapatkan pas pencuma ke konsert artis-artis tempatan yang terkenal.Ia dijadualkan akan berlangsung pada 2 Mac 2014. 


Program Vaksinasi HPV?? Apa itu Program Vaksinasi HPV??? 
Program Vaksinasi HPV(PVHPV) merupakan satu program yang diusahakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). 


Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk mengurangkan beban penyakit sebagai penyebab kepada Kanser Pangkal Rahim untuk 20 tahun yang akan datang. 

 
Matlamat program vaksin ini adalah: 
  • Memberi vaksin kepada golongan remaja perempuan yang lahir pada tahun 1993 sehingga 1995 yang tergolong dalam "kumpulan sasaran" 
  • Untuk melindungi wanita Malaysia daripada risiko jangkitan HPV. 
  • Untuk mengurangkan risiko Kanser Pangkal Rahim dalam kalangan wanita di Malaysia. 
Kanser Pangkal Rahim adalah penyakit dimana sel-sel serviks berkembang secara luar biasa. Sebanyak 99.7%  kes kanser pangkal rahim disebabkan oleh "human papillomavirus"(HPV). Memberikan vaksin kepada golongan wanita akan dapat mengurangkan kematian sebanyak dua pertiga. Ia adalah kanser ketiga yang paling biasa dalam kalangan wanita di Malaysia dan seharusnya dicegah hingga ke akar umbi!!!! 

 
Oleh itu, semua wanita yang berumur 18 tahun ke atas layak untuk menerima vaksin HPV secara percuma. Jadi, di bawah inisiatif kerajaan, dari 2 Oktober hingga 16 November, LPPKN akan ke universiti-universiti di Lembah Klang , Sabah dan Sarawak untuk memberi vaksin percuma kepada semua pelajar Universiti yang dipilih.






BERITA BAIK LAGI !!

Khas untuk peserta dari setiap universiti atau kolej yang berdaftar untuk vaksin dalam kumpulan yang terdiri daripada lima orang atau lebih akan layak untuk cabutan bertuah.  


Hadiah yang disediakan memang cukup lumayan.Hadiah dan destinasi anda akan ditaja sepenuhnya pada program "GIRLS DAY OUT". Destinasi yang menarik menanti anda dan pastinya membawa kepada keseronokkan yang tidak terhingga...


 


Untuk maklumat lanjut mengenai program dan lokasi seterusnya,silalah layari --> http://www.facebook.com/PVHPV




You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..