fREns~

WAJIB TERJAH!

ads ads ads ads ads ads ads

Chocoletto & Susu Kambing

ads ads

Sunday, August 4, 2013

Sinopsis Novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose


Salam.. 

Novel 13 JAM A380, novel terbaru daripada penulis bestseller novel The Wedding Breaker iaitu  Evelyn Rose !

dah ada di pasaran sekarang..sape nak beli bolehlah cepat-2 pegi beli ye..
ramai yang cakap best..


 Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31


SINOPSIS

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.

"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.

"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI

"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA 
"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI 
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA

Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.”SYED HAYDAR 
Adakah  mimpi  akan  kekal  sebagai  mimpi  setelah  waktu  berlalu  dan  hari  berganti? 



Nak baca Part 1 dan lain-2, boleh ke sini -> 13 JAM A380

0 kata-kata yang comel~:

Post a Comment

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!