I Hear Your Voice (Kdrama)

11:11 AM

Salam.. 



Drama korea I Hear Your Voice nie baru je habis..dalam minggu lepas la lebih kurang..bagi aku, drama nie sangatlah best..sebab dia lain dari yang lain..watak dalam drama nie pon menarik..



Hero (Park Soo Ha),boleh dengar/baca fikiran orang lain..sebab tu dia suka pakai earphone..




Heroin (Jang Hye Sung), agak sombong tapi sebenarnya baik hati..


Genre: Romance, fantasy, comedy, thriller, crime, mystery


nasib baik drama nie berakhir dengan happy ending, kalau tak sedihlah peminat-2 drama nie termasuklah aku..hehe..total episod untuk drama nie adalah 18 episod..takdelah banyak sangat..dalam sehari dua dah boleh habis bagi korang yang baru nak tengok..

aku tak tengok dalam sehari dua sebab aku follow drama nie dari awal lagi, dalam episod 8 macam tu..bila dah rasa best, teruslah layan sampai habis..

disebabkan sekarang agak busy, tak banyak masa yang dihabiskan dengan layan drama korea..rasa macam tidur tu lagilahh penting berbanding nak layan drama korea..so, dah agak banyak drama korea yang aku terlepas tengok..tapi boleh je aku tengok time aku free nie..

untuk cuti kali nie, ada 2-3 drama korea yang aku tengok..boleh tahan jugakla drama-2 yang aku tengok tu..nanti aku rajin aku kasi review ye..

esok dah nak blik KL, so masa untuk berehat dah tamat..bermulalah ke'busy'an sebagai final year semula..dan next week hari jumaat ada mini exam..omg..banyak yang tak study..bajet bawak balik buku ingat nak study...hmmmm..terperap je buku tu dalam beg..buat berat je bawak balik..huhu

ok, sambung balik pasal drama nie..

bermula dengan pembunuhan bapa hero, masa tu hero kecik lagi so takde sape yang percaya yang ayah dia dibunuh..dia tahu bapa dia kena bunuh sebab dia dapat baca fikiran pembunuh bapa dia..asalnya kereta yang diorang naik kena laggar dengan lori (macam eksiden biasa), tapi pemandu lori tu turun dan bunuh bapa dia sebab bapa dia still hidup lagi time tu..masa tulah yang dia dapat tau pemandu lori tu nak bunuh bapa dia..asalnya pembunuh tu nak bunuh dia jugak, tapi nasib baik heroin ada kat situ..dia sempat ambil gambar, so pembunuh tu kejar heroin tu..so terselamatlah hero tu..



then, semasa perbicaraan dekat mahkamah, takde saksi yang nampak kejadian tu kecuali heroin..dan hero pulak tak dapat bersuara sebab terkejut pasal kejadian tu..saksi yg ada cuma heroin dan heroin ke-2 sebenarnya tapi heroin tak berani nak jadi saksi sebab semasa pembunuh tu kejar dia, pembunuh tu cakap kalau dia jadi saksi, dia akan dibunuh jugak..tapi disebabkan dia bertaruh dengan heroin ke-2, dia pon jadilah saksi utk kejadian tu dan pembunuh tu pon dikenakan hukuman penjara 20 tahun kot..*tak ingat*

 masa tu jugak budak tu dapat baca fikiran pembunuh tu yang dia akan cari dan bunuh heroin lepas dia dibebaskan..sejak dari tu, hero bertekad akan lindungi heroin..


masa hero dan heroin time kecik..

'I will protect you'


beberapa tahun lepas tu, hero pon berjumpalah dengan heroin..hero memang ingat akan janji yang dia buat time kecik dulu..tapi heroin dah lupa..dia ingat pon bila dapat tau pembunuh tu dah dibebaskan dari penjara..
dan selepas tu macam-2 perkara berlaku..nak tau cerita selanjutnya, jangan lupa tengok ye..




tonton online --> I Hear Your Voice




You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

  1. nak tgk la cite ni nanti.. hehe

    ReplyDelete
  2. didiey pown gila kan citer ni..dah abes ea kat tv???asek xsempat je tgk kat tv..mencari on9 je

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..