Ramadan Yang Hilang Full Episode

6:00 PM


Salam.. 




SINOPSIS

Mengisahkan konflik dua beradik Zafirah(Eira) dan Delisha(Syatilla).Delisha merupakan anak angkat kepada keluarga Zafirah. Konflik berlaku apabila Delisha mendapat layanan dan perhatian yang lebih daripada ibu bapa mereka hingga menyebabkan zafirah terasa disisih.Delisha yang pernah didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya.

Oleh itu Delisha sentiasa murung dan sering ponteng kelas.Berbeza dengan Zafirah yang periang,bijak dan bahagia dengan kasih sayang ibu bapanya Saadiah dan Zubir.Kehidupan Zafirah berubah bila Delisha hadir dalam hidupnya. Delisha berlagak sombong dan sukar untuk Zafirah bertolak ansur.Namun,jika berlaku perselisihan faham,Zafirah sering dimarahi.Lama-kelamaan Zafirah jadi cemburu dengan Delisha kerana dilayan seperti anak emas oleh ibubapanya termasuk neneknya Maryam.

Apabila dewasa,Zafirah yang juga anak sulung terpaksa melupakan cita-citanya sebagai penulis novel.Dia terpaksa menguruskan syarikat ayahnya yang sedang mengalami masalah kewangan. Jurang antara mereka semakin besar apabila Delisha semakin rapat dengan Rafiq.Zafirah pernah menolak cinta Rafiq ketika di universiti kerana sibuk menguruskan syarikat ayahnya.

Zafirah jadi cemburu apabila cinta Rafiq beralih arah pada Delisha,tapi dia akur.Zafirah kemudiannya bertunang dengan Fitri.Kesibukan kerja membuatkan Zafirah tidak dapat meluangkan masa bersama Fitri. Fitri pula ditugaskan di luar Kuala Lumpur bersama Delisha.

 Lama-kelamaan,Fitri tertarik dengan personaliti Delisha dan mereka bercinta. Fitri kemudian memutuskan pertunangannya dengan Zafirah.Zafirah redha namun dia tekad untuk berbaik-baik lagi Delisha.Zafirah bertambah marah,bila Delisha memutuskan hubungan dengan Fitri.

Buat pertama kali,Zafirah bergaduh besar dengan Delisha hingga menyebabkan Delisha membawa diri ke luar negara.

Apabila tiba 1 Ramadhan ia detik yang sukar buat Zafirah,Zubir dan Saadiah.Bagi mereka,ia ibarat Ramdhan yang hilang.

Selepas tiga tahun,kepulangan Delisha dengan seorang anak berusia 2 tahun mengejutkan mereka.Zafirah juga bertemu kembali dengan Rafiq.
 

Jumlah Episode: 18


PELAKON


EiraSyazira sbg Zafirah
Syatilla Melvin sbg Delisha
Zamarul Hisham sbg Zubir
Zila Bakarin sbg Saadiah
Norhayati Taib sbg Maryam
Arja Lee sbg Rafiq
Sherie Merlis sbg Rahimah


Ramadan Yang Hilang Full Episode

Episod 1 (26 Jun) - Download | Tonton Online

Episod 2 (1 Julai) - Download | Tonton Online

Episod 3 (2 Julai ) - Download | Tonton Online

Episod 4 (3 Julai) - Download | Tonton Online

Episod 5 (8 Julai) - Download | Tonton Online

Episod 6 (9 Julai) - Download | Tonton Online










You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

  1. fae tgk 2 episodes je and that's it haha.

    ReplyDelete
  2. kenapa lain jer sinopsis ni dgn cerite sebenar ea?

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..