Minggu pertama Final Year

10:33 PM


Salam.. 


macam yang korang tau, minggu nie merupakan minggu pertama aku posting sbg final year medical student..first posting adalah SURGERY..masa 3rd year dulu, surgery adalah posting yang paling relax dan enjoy..doktor semua sempoi2 dan ada jugak yg garang tapi sikit je..



tapi..surgery posting utk final year sgt berbeza sekali dari 3rd year..dengan jadual yang sangat pack dan byk lecture & seminar.. dan high expectation from doctors..all the lectures and seminars just a revision so doctor expect all of us to know about the disease already...

hari pertama dan kedua sangatlah busy, nak online pon tak sanggup rasanya sebab tidur lagi penting..hari rabu, khamis dan jumaat jadual pack jugak, tapi yang tak besnye banyak lecture/seminar yang postpone ke next week..

minggu nie pulak dengan jerebu lagi, panas so keadaan agak merimaskan bagi aku..malam rabu dah mula rasa sakit tekak..then minum air banyak2 sebab nak hilangkan sakit tekak tu..tapi, esoknya sakit tekak masih ada ditambah pulak dengan selesema..oohh,selesema la yang paling aku tak suka..nak kena cari tisu setiap masa..




then malam khamis pulak, after kelas with Prof S, aku mula rasa nak demam..so, telan panadol dan tidur awal..pukul 9 lepas Isyak dah tidur kot pastu bangun pulak lewat..
bila nak bangun pagi tu still rasa macam penat tapi gagahkan jugak diri untuk bangun sebab ada lecture pagi tu..sakit tekak dah hilang, selesema still ada ditambah pulak dengan batuk pagi tu..
tengahari pulak batuk aku semakin teruk, dah mula sakit dada..dan rasa sesak nafas bila jalan laju dan cakap cepat..tapi still ok lagi sebab kalau dah 'penat' aku slowkan sikit jalan aku tu..



petang pulak ada 3 lecture..tapi 2 lecture/seminar lagi cancel so hanya ada satu seminar je..nak tau cancel pon lama jugak la, so duduklah menunggu dalam STARGATE tu..aku dah mula rasa tak sedap badan..badan dah mula panas macam nak demam semula..so, balik je terus tido walaupun aku tau tak baik tidur lepas asar..dah bangun tu OK sikit tapi rasanya kena tidur awal jugak malam nie lepas amik panadol..next week akan ke Hospital Teluk Intan..so, kena sihat sebelum ke sana..sebab barang-2 tak kemas lagi walaupun hanya 3 minggu kat sana perlu juga bawak barang cukup2..




oklah, dah puas aku membebel untuk entri..semoga aku cepat sembuh..aminn..


p/s : bukan aku sorang je yang tak sihat, kawan-2 aku pon sama jugak..ada yang stress, muka tak bermaya..macam-2 lagi lah..still a long way to go before Pro Exam..

gambatte everyone !!





You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..