Gambar Pernikahan Izzue Islam dan Awin Nurin

12:52 PM


Salam.. 

TAHNIAH buat Izzue Islam dan Awin Nurin !!





Dengan sekali lafaz, Nurinafilah Waharudin (Awin) kini sah menjadi isteri kepada penyanyi dan pelakon, Muhamad Izzul Islam Mazlan atau lebih dikenali dengan nama, Izzue Islam. Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung jam 9.45 pagi tadi di Shah Alam, Selangor.







Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, dengan disaksikan oleh Jurunikah Penolong Pendaftar Nikah Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar.

Pelakon kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu telah mengikat tali pertunangan dengan pengurusnya itu pada bulan Jun tahun lalu namun majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup tanpa pengetahuan media.
 



Menurut Izzue, perkenalannya dengan Awin adalah pada ketika dia bekerja di kedai makan pada tahun 2008, cinta mereka terus berputik dengan kejujuran dari kedua-dua belah pihak sehinggalah Awin Nurin bertindak menjadi pengurus Izzue selepas dia menceburi bidang lakonan pada tahun 2009.
Majlis resepsi pasangan ini akan di’adakan pada tengahari ini bertempat di Dewan Shah Alam juga & mengambil konsep indoor garden sebagai tema.





sumber : 1/2


You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..