fREns~

Chocoletto & Susu Kambing

ads

Wednesday, May 15, 2013

Sinopsis drama Teduhan Kasih (Slot Akasia TV3)


Salam.. 

Drama Teduhan Kasih dah mula ditayangkan hari nie 15 Mei 2013 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Tv3, menggantikan drama Sedetik Cinta..
Lakonan Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan Julia Ziegler.




 Drama Teduhan Kasih diadaptasikan daripada novel Teduhan Kasih tulisan Marissa, terbitan Karyaseni.




SINOPSIS
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.


Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 
Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 


Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.
Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.


Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

 Teduhan Kasih Full Episode

Episod 1 (15 Mei ) - Download | Tonton Online

Episod 2 (16 Mei ) - Download | Tonton Online

Episod 3 (20 Mei ) - Download | Tonton Online

Episod 4 (21 Mei ) - Download | Tonton Online

Episod 5 (22 Mei ) - Download | Tonton Online

Episod 6 (23 Mei ) - Download | Tonton Online

Episod 7 (27 Mei ) - Download | Tonton Online

Episod 8 (28 Mei ) - Download | Tonton Online

Episod 9 (29 Mei ) - Download | Tonton Online

Episod 10 (30 Mei ) - Download | Tonton Online

Episod 11 (3 Jun) - Download | Tonton Online

Episod 12 (4 Jun ) - Download | Tonton Online

Episod 13 (5 Jun ) - Download | Tonton Online

Episod 14 (6 Jun ) - Download | Tonton Online

Episod 15 (10 Jun ) - Download | Tonton Online
 
Episod 16 (11 Jun ) - Download | Tonton Online

Episod 17 (12 Jun ) - Download | Tonton Online

Episod 18 (13 Jun ) - Download | Tonton Online

Episod 19 (17 Jun ) - Download | Tonton Online





14 comments:

  1. halamak jaa terlepas nk tgk citer ni td... kena tgk kat tonton la nampak gayanya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe..klau trlepas bleh tgk online/download..

      Delete
  2. alamakk macam sedapla citernya..malas pula nak start follow takjadi kerja hehe

    ReplyDelete
  3. hrp2 best cternye yea

    ReplyDelete
  4. lor...ayu ayu, tak habis habis cemburunya

    ReplyDelete
  5. Huh! Kwn jenis ape lh ayu nie!..
    Smua kbahagian org die nk..
    X cukup2 dgn rizal lps tu nk ehsan pulk?
    Hee! ApepOn crita nie BesTt..* germm jer negOk!* ^_^

    ReplyDelete
  6. xsabarnya nak balik kije ni nk tgk citer nie..best sgtttt
    alahai Ehsan n Iffa

    ReplyDelete
  7. bez citer die.....tiap kli tgk ehsan tke cre kt adam..ase epy n trharu cgt! xsaba nk tggu nex epsod... :p

    ReplyDelete
  8. bez cgt citer die....tiap kli tgk ehsan tke cre kt adam...ase cm epy n trharu cngt! xsaba nk lyn yg nex epsod pnyer lak...hehehe :p

    ReplyDelete
  9. brapa episod cite ni ????

    ReplyDelete
  10. Cerita ni agak slow. Tapi paling minat character mak tiri ngan akak tiri, real je, siap mencarut bagai. Apa pon cerita slow

    ReplyDelete
  11. Cerita ni agak slow. Tapi paling minat character mak tiri ngan akak tiri, real je, siap mencarut bagai. Apa pon cerita slow

    ReplyDelete
  12. susah btol nk cri novel ni skrang

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!