Download Menggenggam Janji | Skrin Di 9

8:30 PM


Salam.. 





SINOPSIS

SYUHADA (Fauziah Gous) bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital swasta. Berkenalan dengan pesakitnya, RAHMAH (Iman Corinne Adrienne), mualaf yang menghidap penyakit kronik. RAHMAH sanggup meninggalkan agama asalnya demi JALIL (Zamarul Hisham). Perkahwinan yang dimulai atas rasa cinta terhadap seorang lelaki, namun akhirnya, dia benar-benar memperoleh hidayah sebagai wanita yang taat akan agama. Malangnya, suaminya gagal membimbingnya sebagai seorang Muslim sejati akibat kesibukan Jalil mengurus perniagaan yang semakin maju. Rahmah tercari-cari sendiri ilmu agama demi menguatkan keimanan dan ketakwaannya terhadap Islam.

Penyakit yang dihidapi menyebabkan pasangan ini diuji Allah - gagal memperoleh zuriat. Mereka mengambil Jasmin, anak kepada abang kandung Jalil sebagai anak angkat. Rahmah menyayangi Jasmin seumpama menatang minyak yang penuh. Malangnya, Jalil masih terus mengabaikannya hingga Rahmah terpaksa mengharung sendirian kesakitan yang dialami. Dia meluahkan segala kemelut hatinya terhadap Syuhada yang bukan sekadar merawat, tetapi pendengar yang baik.

Menyedari harapannya untuk sembuh makin tipis, tanpa diduga Rahmah menyampaikan harapan dan amanah (mungkin juga wasiat) agar Syuhada mengambil alih tugasnya sebagai ibu kepada Jasmin dan menyampaikan beberapa hasrat yang tertangguh terhadap Jalil. Kehadiran ibu kandung Jasmin mencambah konflik, apatah lagi Jasmin sendiri tidak mengetahui bahawa dirinya adalah anak angkat.

Bagaimanakah Syuhada berhadapan dengan amanah ini? Berjayakah Syuhada memenuhi janji yang terpateri tanpa dijangka ini?



PELAKON

Zamarul Hisham, Fouziah Gous, Janice Zelynn dan adik Khairisyah Kemal










You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..