Novel Terbitan April Buku Prima

12:00 PM


Salam.. 

 Novel Terbitan April Buku Prima
 
1)Isteriku Romantik - Azalea Eshal

 2)Alamak lagi-lagi dia-Mazni Aznita  
3)3 Hati-Liza Nur, Nurul Syahida, Zara Amani 
  4)Kata Tak Rindu-Siti Nur Dhuha




 
1)Isteriku Romantik-Azalea Eshal

RM 18.90
ISBN: 978-967-0535-10-4
~432 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 7 Apr 2013

Sinopsis

lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain. Hal ini membuatkan kehidupan Aisyah Nasuha teruji. Di mana dia mahu mencari kekuatan untuk berdiri semula? Dirinya tidak kuat. Namun dugaan tidak terus berhenti di situ. Dia terus diduga apabila ibunya yang disayangi menjadi tidak siuman selepas ayahnya berkahwin baru. Dia harus bersabar dengan segala yang berlaku. Pada masa sama, dia begitu menyukai seorang lelaki sejak zaman persekolahannya yang dipanggil, M. Kadang-kadang dia berfikir sendirian.Adakah ini cinta monyet yang sering orang katakan? Cinta monyet tidak akan kekal. Benarkah tidak akan jadi cinta sejati? Hati dan perasaan Aisyah Nasuha terus diduga. Muncul dua orang lelaki serentak dalam hidupnya, Mikail Islam dan Adi Putra. Aisyah Nasuha berubah selepas menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Semakin romantik selepas berkahwin. Tetapi siapakah lelaki yang bertuah itu?

"M, aku akan berkahwin tak lama lagi. Biarpun kita tidak bersatu dalam hayat ini, aku tetap akan ingat kau dalam doaku. Aku doakan kau turut bahagia dengan pilihan hatimu." - Aisyah Nasuha

"Berapa kali terima kasih la Aisyah ni? Masih tak tahu ke kasih Aisyah tu dah lama Adi approve." - Adi Putra

"Kenapa sekarang baru aku rasa gila bayang sedangkan masa Aisyah mengorat aku dulu, tak ada pulak berperasaan begini." - Mikail Islam 


2)Alamak lagi-lagi dia-Mazni Aznita


RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-11-1
~752 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 22 Mac 2013

Sinopsis

The Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insan bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki berbeza. Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati. Kes silap masuk khemah di tempat memancing mempertemukan si Loser dan si Pianist ini. Syafika dengan perangai A, Nadim dengan perangai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim. Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika. Tapi antara pro dan kontra, anehnya mereka sering bertemu. Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain, bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta.Syafika masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti gadis bingung. Tapi si Pianist itu sudah mencuri hatinya. Namun bila cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih? Lelaki di masa lalu atau masa kininya? Lalu siapa yang harus dicuri cintanya? Cinta si Pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan?

Nadim, berhenti layan saya macam saya ni anak kecil boleh tak? Saya ni lebih tua daripada awak - Syafika

Datang bulan ke? Asyik nak marah aje. Awak sedar tak kita kerap sangat bertemu. Dalam seluas-luas alam ni, saya asyik nampak awak. Awak pun kerap bertembung dengan saya. Macam perfect match from heaven, kan? - Nadim


3)3 Hati-Liza Nur, Nurul Syahida, Zara Amani



RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-12-8
~752 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 4 Apr 2013

Sinopsis

Ceritera Lea bermula dengan tragis. Dia yang sepatutnya dinikahkan di rumahnya terpaksa menanggung aib apabila pengantin lelaki yang sudah bergelar kekasihnya selama lebih 7 tahun, Imran tidak menunjukkan muka. Lea sedar cinta tanpa lafaz akad nikah hanyalah satu destinasi yang tidak ada kepastian. Dia mahu cinta berhenti setakat itu. Jangan ada cinta yang menjengah lagi. Noah hadir bersama seribu satu misteri, cuba melembutkan hati yang kononnya sudah menjadi sekeras kerikil. Sayang, ada dusta disebalik ungkapan rasa. Mampukah Lea mencari jalan keluar dari puzzle cinta itu?

Buat Wulan pula, dia tidak inginkan yang lain selain mengikuti sistem dan aturan yang telah dia tetapkan dalam hidup secara auto-pilot; bekerja dengan aman, menjaga si ibu yang sudah lama bersendirian dan menghabiskan waktunya dengan perkara-perkara yang mungkin tidak menarik bagi orang lain, tetapi cukup memuaskan hidupnya. Apabila Neal, si peguam yang menggelar dirinya ‘relationship freelancer’ muncul dan begitu bijak menarik perhatiannya, semua aturan yang diciptanya menjadi huru-hara. Buat pertama kalinya Wulan jatuh cinta dan untuk pertama kalinya juga dia dikecewakan dengan hebat. Namun Wulan bukan gadis biasa yang akan menangis air mata darah kerana putus cinta dan kerana itulah dia mencari Henry untuk membantunya. Tapi membantunya dari segi apa? 

Nini juga tidak lari daripada masalah peribadi yang membelenggu dirinya sekian lama. Saban hari meniti waktu dengan hati yang tidak rela, membuatkan jiwanya memberontak. Bicara yang tidak pernah terluah, akhirnya terlepas dan menjadikan dia seorang insan yang lebih redha dan kuat. Dalam melayari kehidupan sesudah berputus kasih, dia memberanikan diri untuk mencuba sekali lagi dalam percintaan. Atas sokongan dan dorongan rakan-rakan, Nini menggagahkan diri menjadi yang terindah di mata Achik, pemuda yang terlalu sempurna untuknya. Dugaan demi dugaan, tekaan demi tekaan, hatinya yang rapuh tidak mampu meneruskan lagi percubaan gila dalam menjadikan Achik miliknya. Redha dan sabar, gadis itu memberanikan diri. Antara malu dan benar, mampukah dia mendahului medan itu?

 

 
4)Kata Tak Rindu-Siti Nur Dhuha


RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-13-5
~752 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 7 Apr 2013

Sinopsis

Kerana kecewa kekasih hati ber­kahwin dengan gadis lain, Zafia mendaftar diri di Agensi Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin membalas dendam terhadap bekas ke­kasihnya, Shahril. Tanpa berfikir panjang, Zafia terus menandatangani surat per­janjian tanpa berjumpa ter­lebih dahulu dengan bakal suami.
Setelah berjumpa Aezwan, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Zafia mula berubah fikiran. Tidak mahu meneruskan perkahwinan. Namun Zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan Aezwan kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya.


Perkahwinan berlangsung juga. Zafia dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian, membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin, pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Zafia matahari terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur.
Bekas kekasihnya, Shahril mula mengganggu rumah tangga Zafia. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila Aezwan dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit cinta dalam hatinya. Aezwan berjumpa Shahril tanpa pengetahuan Zafia. Berlaku satu insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Zafia atau dia balik semula pada Shahril? Bagaimana pula dengan Aezwan? Mana satu pilihan Zafia?

“Fia tak berzina, Fia sudah berkahwin, Aril!!!”
– ZAFIA

“Hari ini abang bahagia sangat sebab apa yang abang nak, abang dapat. Fia dah jadi milik abang.”
– AEZWAN



You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

  1. novel jiwa cik akak nie..nie...nanti kena cari..hihi

    ReplyDelete
  2. so yang mana satu yang palingggg best iye? ingat nak belilah.

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..