Gambar Graduasi Farah Lee

3:15 PM


Salam.. 

TAHNIAH BUAT FARAH LEE !!
 
 
 
Isteri kepada personaliti popular TV3, Ally Iskandar, 37, iaitu Nur Farahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee telah selamat bergelar menjalani majlis adat istiadat majlis konvokesyen di Universiti Inha, Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.
 
Farah, 24, memulakan pengajiannya di universiti tersebut pada 2 Mac 2009 dan menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada 22 Februari lalu.
 
Sepanjang empat tahun tinggal merantau di Korea tentunya Farah berasa sedikit sedih untuk meninggalkan kampus yang telah banyak melengkapkan ilmu di dadanya itu.
 
Farah dan Ally selamat diijabkabulkan pada Januari tahun lalu dan kemudiannya hidup berjauhan kerana isterinya itu masih lagi menuntut di Korea demi mengejar impian serta cita-citanya.
 
 
Jom layan dulu gambar-gambar yang dikongsikan oleh Farah ini.
 
sumber --> myartis
 
 





You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..