BR1M Dinaikkan Dari RM500 Kepada RM1000

6:00 PM


Salam.. 

Berita baik sekali lagi untuk para penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin telah mengumumkan bahawa BR1M akan dijadikan inisiatif tahunan.

Nampaknya rakyat akan sentiasa tidak sabar untuk menanti tahun yang berikutnya untuk tiba. Apatah lagi jika BR1M yang berjumlah RM500 akan dinaikkan menjadi RM1000 seperti yang diberitakan pada bulan February lalu:

Kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M mungkin dinaikkan daripada 500 ringgit kepada seribu ringgit pada masa akan datang jika ekonomi negara terus kukuh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemungkinan itu tidak mustahil sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada Barisan Nasional, mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.Sumber

Wah! Sudah pasti ramai rakyat yang bersenang hati jika BR1M menjadi RM1000 kan. Apapun, BR1M ini masih belum dimuktamadkan. Yang pasti sekarang, Najib telah umumkan BR1M akan dijadikan inisiatif tahunan.
"Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri yang disiarkan secara langsung kelmarin.Sumber

 p/s:mak aku mesti hepi..harapnya baucer buku pon naik jugak lah..hehee



You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

  1. tahun depan FD dah cukup umur nak mohon BR1M, yeay! :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. syukur pada yg layak :)

    Harap kerajaan naikkan kuota dari pendapatan <RM3000 kepada RM4000 ke..hehee

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..